Unborn 8.0 Pink Pointer

Sunday, June 5, 2011

Keberkatan Surah Al-Ikhlas.

Ketika Memulakan Kerja.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-2 saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. 


Sebelum Masuk Ke Rumah.


Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.)
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu. 


Ketika Sakit.


Sabda Rasulullah S.A..W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). 


Khatam al-Quran
 

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengkhatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzu' kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali ,khatamlah Qur'an kerana ianya sama dengan membaca 30 juzu' Al-Quran. 


Pahala Membacanya.


Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.  Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s. 



# Jika kawan-2 ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan-2 yang lain. Seperti mana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: 

1.Sedekah/amal jariahnya 
2.Doa anak-anaknya yang soleh 
3.Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. 


Wallahualam :)

Saturday, June 4, 2011

bomba.

assalamualaikum + hello !


lama tak update blog. last update bulan 3. busy dgn exam n bomba. 


hurm, hari tu gi kawad bomba peringkat kebangsaan kat JB. latihan pusat 4 hari kat balai bomba Nilai, perkhemahan 6 hari kat JB. lama kan? sbb lama la buat fy rindu kat member-2 kontinjen n9 ! :'( rinduuuu! dowg THE BEST laa ! 10 hari mengharungi kehidupan bersama (ececece ~) ingat lagi jurulatih kata , "kita pergi sana bukan sebab sibuk nak menang, yg penting kita enjoy ! have fun there !" betulbetulbetul. seriously ckp, pengurusan perkhemahan kat sana sangat BAD ! sikit sangat nak jumpa yg bagusnya. its okay, member-2 + jurulatih tetap BEST ! yg tak boleh blah, masa kat balai bomba Nilai-, masing2 muka ketat je. bwk ego. tp, student seri ampangan BERJAYA memulihkan keadaan. ecehh.(dengar-2 mcm tu la, fy pun tak pasti camne kitorang boleh geng). then, mula la rapat antara satu sama lain :p ingat lg satu malam tu, BOBOT punya kerja, main pintu sampai semua terkunci kat dalam. hahaha. tak sanggup nak taip, nt nangis. sbb rinduuuu ! yg penting, kitorang dah buat tombol pintu tu terpaksa dipecahkan. (BOBOT punye pasal !) :DD pagi hari jumaat, kitorang gerak JB. sedih sbb nak tinggalkan balai tu. otw tu, stop kat simpang renggam, lunch. bila dah sampai tapak perkhemahan, semua (kadet wanita) hangin je sbb jalan nak g tapak khemah penuh dgn lumpur. kotor 'but terbang' ktowg ! lain kali buat la tar siap-2 ! (cehh, manusia mmg tak pernah bersyukur)


hari demi hari berlalu, (dah malas nak taip la ni kan ) tiba la hari kitorang nak berangkat pulang ke tanah air. persiapan pulang tu tak yah cerita la kan. terlalu banyak yg suweet2 time tu. time otw balik, jurulatih bwk ktowg singgah Plaza Angsana + Ayer Hitam. fy jalan-2 je sbb dah takde duit nak beli barang. mmg pokai dah time tu :'( lpas ayer hitam, terus balik. tapi gembira gila bila dlm bas ada org bg pillow ! comel gilaa ! thanks doh Ain. kitorang target dpt tido lg satu mlm dkat balai. rupa-rupanya tak ! sedih gilaa ! semua kena balik sekolah masa tu jugak.


rindu gilaa budak SERTING
Bobot (buat aku pecah perut), 
Joee (aku sayang kau gila doh. caring nak selimutkan aku malam-2),
ayeen (kau comel, kau baik. muka kau garang siott), 
ain (kau diam, tp tak sombong), 
aza (hahaha, seriously muka kau comel mcm kucing), 
tomei (kau pun caring dgn aku kan? syg gila kau kakak !) 


budak SERI AMPANGAN rindu gak ! 
(tak boleh nak list, terlalu ramai) 


KGV tak lupaa ! 
bella, (perghh , market gila tp setia. HAHA),
jieyah (comel, kecik tp form 4), 
wan (suara kau best. rindu nak dengar), 
nadz ( baik dlm diam) 


PASIR PANJANG
dobot , bai , teha


SERI PAGI
eqa , norfa , faten 


rasa nak taip lg. tp LAZY laa.


(cerekarama dah START babe !)


babaii.


p/s : - yg penting fy RINDU GILAA NAK MATI kat korang 
[joee, bobot, ayeen, ain, aza, tomei] 
[bella, jieyah, wan, nadz] 
[dobot, bai, teha] 
[eqa, norfa, faten] 
[kak ain, kak nurul, kak tyra, kak ziera, kak jieha, kak yan, farah, syiqin, along]


- the most important, 
jurulatih : cikgu ain, cikgu sue, cikgu syafiza, cikgu ..., cikgu... :) [lupa nama jurulatih :p]



Daisypath Anniversary tickers
Efy Eezad Officially Blogspot © 2014