Unborn 8.0 Pink Pointer

Wednesday, July 2, 2014

Salam Ramadhan.

Assalamualaikum.

Agak lama jugak tak post entry.
Assignment banyak gila meletop letop cakap kauuu.
Baru sem satu, sem depan nanti tak tahu la macam mana.

Hari ni, belajar satu benda baru.
"Apabila adanya orang yang pinggirkan kita, maka ingatlah bahawa masih ada yang akan menghargai kita"
Haa quotes of the day.
Aku terfikir benda ni tadi sbb masa ada discussion group, aku mcm dipinggirkan. Sedih.
Tiba-2 ada orang whatsapp dalam discussion group lain, "thanks efifah, anda banyak membantu bla bla bla" Alhamdulillah. Tapi blushing tu blushing la. Kalau pasal riak, err.
Bila baca masalah aku ni macam entahapehape la efy ni.
Tapi kalau ada kat tempat aku, rasalah. Huhu.
Kita cuma belajar utk berbakti, tapi tak semua orang akan hargai.
Bila susah, cari kita. Bila boleh buat? Kita ni apa, macam batu.
Hahaha mmg entahapehape nak sentimental malam-2 gini.

Dah 3 hari berbuka free kat Masjid UniSZA.
Hari ni hari keempat, makan sendiri.
Sebab penat sangat, tak larat nak jalan jauh.
K Salam Ramadhan :)


Thursday, June 19, 2014

Tanpa Tajuk.

Kali ni aku serius, bosan tahap maksimum.
Roommate aku balik.
Abang sado ni entah ke mana menghilang.
Pergi Bandung haritu tak jumpa jalan balik ke taktau la.
Frust aku =..=
Si Syipak ni senyap je dari siang tadi.
Tak ingat aku lah tu.
Nasib baik petang tadi Kak Anieza ajak aku lepak tepi pantai.
Kat belakang UMT.
Kalau takkk, mati kejung aku dalam bilik ni.

Semalam beli tiket untuk balik raya.
Seratus ringgit pergi balik.
Mak oiiii, terpaksa aku batalkan hasrat nak balik selalu :'(

Hari sabtu ni mama abah datang.
Tapi time-2 camni la kat sini nak buat program banyak-2.
Sentap hati makk nak :'/
Tak kisah la nak jadi apa pun, aku nak spend masa untuk mama abah.
Rinduuu wehh.

Aku lapar, nak tidur. Kbai.

Monday, June 16, 2014

Saya Suka Berjauhan Dengan Mama Abah.

Baru siap private kan recent post kat facebook.
Malu kesangatan dgn status dulu-2.
Aissshh, sumpah malu. >,<


__________________________

Haa berbalik pada tajuk.
"Saya Suka Berjauhan Dgn Mama Abah" ?
Fikir apa ? Anak derhaka efy ni ? Camtu ke ? 
Hahaha. Rileks. Bukan macam seperti yg anda fikirkan.
Tapi betul jugak. 
Aku ni banyak dosa kat mama abah.

Kenapa aku suka berjauhan ?
Sebab...
Jeng jeng jeng...

Sebab aku suka rasa rindu dekat mereka sentiasa ada dalam diri aku mcm skrg ni.
Aku sentiasa ingat mereka.
Haa korang yang jumpa mak ayah hari-2, kalau rindu juga mmg aku tabik springgg. Anak yang soleh/solehah. Serius.

Sebab aku rasa mereka lebih ikhlas doakan aku bila aku jauh macam ni.
Bukan aku nak kata mama abah tak ikhlas atau tak doakan aku sebelum ni.
Sumpah tak macam tu pun.
Mohon jangan melenting awal-2.
Yang aku perlu bagitahu, aku ni manja. Anak kesayangan. Kot. Hee.
Jadi, aku yakin mereka rindu sangat kat aku. 
Perasan kan ? Diamlah.
Cuba korang berdoa masa korang rindukan sesiapa ?
Mesti bersungguh-sungguh kan ?
Haaa macam tu la yg aku maksudkan.
Macam aku doakan mereka juga.
Sebelum berjauhan ni, lepas solat aku ada juga doakan mereka.
Tapi camtu camtu je la. Jujur.
Bak kata orang, cukup syarat je.
Bukan nak kata tak ikhlas.
Tapi ikhlas dan kesungguhan tu kan muncul sendiri.
Pada aku la.

Jangan nak duk bash aku pula lepas ni.
Kata anak derhaka la apa la.
Ini cuma pandangan saje dan apa yang aku rasa bila pertama kali berjauhan dgn mama abah.

Aku sayang mereka, aku rindu mereka dan aku sentiasa perlukan mereka :')

Abah baru lepas call. Suruh tidur. 
Anak yang baik mendengar kata.
Selamat malam.



Sunday, June 15, 2014

Hari Pertama Kuliah di UniSZA.

Hee malu lak ada senior UniSZA perasan entry kitaaa >.<

Hari ni dah start kuliah.
Subuh-2 lagi member dah call bagitahu ada kuliah fiqh ibadat pukul 8.
Semalam dah tengok jadual tapi tak faham. Huhu.
Alhamdulillah, dapat juga hadir :D
Ustaz Aiman bagi assignment dah.
Berkenaan isu-isu fiqh. Yeaa saya suka saya suka.

Kemudian pukul 11 ada kuliah kenegaraan kemasyarakatan.
Sejam juga la menunggu dalam bilik kuliah tu.
Tiba-2 diorang announce kuliah batal. Hee. Senyum je :)

Disebabkan pagi tu rushing nak ke kuliah, tak sempat breakfast.
Lepas kelas batal terus ke cafe. 
Sekali muncul pula sorang minah ni. Haha. 
Member SMAPL. Daftar UniSZA utk second intake harini.
Then ayah dia panggil nak belanja nasi ayam.
Aiiihhhh, mula-2 macam malu-2 gituuu.
Last-2, orang nak belanja kannn.
Jimaaaat xD Terima kasih pak cik xD

Saya rindu mama abah saya. Kbai :')

Friday, June 13, 2014

Kini Mahasiswi UniSZA.

Alhamdulillah, skrg di UniSZA.

Lebih kurang 3 bulan lebih tak update blog. 
Busy kerja. Ye ke ? Ye kot.
Nak sambung belajar kan, kena cari duit lebih sikit ;) 
Nanti takde la banyak pakai duit utk benda tak penting kat U ni.
Sbb dah pernah rasa susah cari duit. Wuuu sedih-2 pula.

Alhamdulillah, harini hari ke-5 di UniSZA. 
Baru habis orientasi semalam. 
Kepada adik-2, lepas SPM nanti jangan risau nak apply UniSZA. 
Orientasi kat sini best ! :D
Serius tak tipu !

Tak sangka aku tak nangis masa first day tu.
Sampai harini, aku tak nangis ! Tak sangka aku sekuat tu. 
Hmm mesti mama abah yg doakan aku ni, Allah makbulkan.
Kalau tak, tak mungkin aku macam sekarang ni.
Pernah dengar orang kata, "doa ibu tu takde hijabnya" :)

Sangat setuju !

Macam poyo je kan aku ? Shhh !




Thursday, February 20, 2014

Borang UPU

Okay, assalamualaikum.

Ni first entry untuk 2014. Perghh dah nak habis bulan 2 pun kau baru first entry epiy. Nampak ketinggalan zaman tu ? Actually sekarang ni dah busy sebenarnya. Kenapa ? Kerja kerjaa. Lesen pun baru test JPJ tadi. Alhamdulillah, lulus. Walaupun brader JPJ tu macam kerek sikit tadi, aku redha. Asal dia bagi aku lulus pun dah memadai. Ecehh.

Ni pun online guna laptop sebab nak isi borang UPU. Haritu aku kemain semangat nak beli PIN dia. Sampai tarikh aku terus pergi BSN hari yg sama. Ni dah dekat sebulan aku tak isi gak lagi ==' Biasalah efy kann. Semangat dia mmg memula jee. Lepas tu hampehh. Mama dah bising dah aku tak isi lagi borang UPU tu. So, aku pun nekad nak isi malam ni sbb esok aku kerja petang. Ehh ada kaitan ke ? Ye, ada. Sbb aku kalau dah menghadap internet mmg sampai 2, 3 pagi tak tidur. Kalau la esok kerja pagi, tak rabak mata ? >.< K sambung balik. Memula nak isi borang tu, sekali web dia tak boleh buka pulak. Gelabah makcikk -.- Rupanya dah tukar link. Fuhh nasib baik. Tapi aku blank jugak nak buat apa lepas tu. Last-2 aku pergi tanya ajiq. Dia kata nak isi esok. K isi sesama dgn dia la kot sbb sumpah aku blank gila =..=

Tak larat nak taip panjang-2. Nak pergi settle urusan lain pula. Good night.
Efy Eezad Officially Blogspot © 2014