Unborn 8.0 Pink Pointer

Tuesday, November 30, 2010

pagi hari ini.

ye, anak azmi kembali lagi :)


tadi keluar pergi pasar tani dengan abah. sekali jumpa ayah pulak. kitorang gi breakfast sama-2 :) then, kitorang pergi tabung haji. masa abah tengah cari parking. aku ternampak sorang uncle yang jual surat khabar naik motor. dia parking motor dia tepi jalan sbb surat khabar dgn magazine dia terbang ke tengah jalan. aku kesian kat uncle tu. rasa mcm nak tolong. tapi jauh. kalau pergi pun, semua tu dah melayang ke mana entah. nasib baik ada mamat india naik motor berhenti tolong dia.


dah parking kereta, aku dgn abah pun masuk la kat dlm haji punya tabung. tiba-2 abah jumpa pulak member dia. haisshhh -.- duduk sorang-2 la aku ni. sokayy la. abah borak dgn member dia kat luar. aku pulak duduk sorang-2 kat dlm tabung haji tu. sekali ada sorang minah ni pandang aku. aku senyum la. dia boleh buat muka kerek ? huishh, pergi matilah kau. macam good-2 je ! dah dia jeling aku, aku jeling lah dia balik. hailaa kau. tak payah la nak kerek. bukan kau sorang je boleh kerek. angkat jari tengah kangg. hahaha :DD


lepas tu, balik la rumahku syurgaku ni :)


sekian..

Monday, November 29, 2010

Diet Rasulullah.

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya karena pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

1. JENIS MAKANAN

Jangan makan SUSU bersama DAGING, IKAN, AYAM, CUKA, BUAH (e.g. KOKTEL)

Jangan makan IKAN bersama TELUR, DAGING & DAUN SALAD

2. CARA MAKAN

1. JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

2. TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.

3. JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

4. Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya... cobalah... Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.

Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. karena akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merusak usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air es) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)

Sama-samalah kita mengamalkannya.......

Nota: Sila rujuk ustaz(ah), untuk kepastian fadhilat-fadhilat ini -- WallahuA'lam!

penat update blog?

Holla ~


penat la, hari-2 update blog. HAHA, dah tau penat, gatal pergi update pesal? hee :p


Hurm , bnyk lagi nie nak masukkan dlm blog. but sekarang malas la.


k , nak off da.


remember this ,


p/s : Abg Akmal kata : Tak perlu kita nak cari cinta , 
                               Sebab cinta tu akan dtg sendiri ,
                               Cuma masa ia dtg ,
                               Kita terima atau tolak cinta tu :)


Sekian ..
                                

Thursday, November 25, 2010

janganlah berkuku panjang.

Sekarang ni ramai yang pakai cincin. tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut :(

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ooppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jari kita menyimpan kuku yang panjang, bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-2 tersebut. so, potonglah kuku anda. 

The Truth 

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak. 

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh ataupun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang diajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. 

Percayalah. 
Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah. 

Additional info 

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya.. 

Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangannya, Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari :

1. jari manis 
2. jari kelingking (anak jari) 


dan jangan memakai pada jari :


1. jari tengah 
2. jari telunjuk 

Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s. 


p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-2 dan juga saudara- mara ataupun anak-2 tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-2 saja kita mendapat laknat dari Allah SWT. Nabi SAW memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah, senang-2 je kita dapat pahala :)

Wednesday, November 24, 2010

done edit blog.

Okay, dah sudah edit blog ! fuhh, penat-2. okay tak blog ni ? hurm, tauu. kosongkan ? takpe takpe. jap lagi sambung edit. sekarang time for dinner. hari ni dinner kat kuala pilah :)


okay babe, babaii.

pinjam 3 minit je utk baca lawak ni.

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang 1 000 jemaah, tiba-2 masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam. tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa machine gun. lalu salah seorang lelaki tu bertempik "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri. daripada jumlah yang 1 000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-2 termasuk Pak Iman. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat" Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.

Macam mana? adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas? selain terhibur anda fikirkanlah...


"Lawakkan, dari 1 000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul BERIMAN... "

"Lawakkan, berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya. kedua lelaki hanya membawa machine gun. dtak kata pun nak bunuh. tapi generasi sekarang amat lemah. baru kena ugut terus lari lintang pukang. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi."

"Lawakkan, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja. tu pun bila time sembahyang jumaat. tunjuk muka kat org kampung. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje. bila time sembahyang raya."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran."

"Lawakkan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawakkan, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend bejam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAH? alahai.. tak cukup masa :(

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan??? Kenapa? gelak tu kan realiti..

tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain? berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak???? Wallahualam. Sebarkanlah. tak perlu minta izin dah :)

Tuesday, November 23, 2010

Pasar tani.

pagi tadi pergi pasar tani kat ampangan dgn abah, kaklong, farieyna. matlamat utama nak beli specs ray ban :DD huhu.


EPIY'S

ERYNE'S
abah kata, biar tak ori asalkan halal :D abah pun ada gak. tapi malas nak snap. time abah tengah bayar, kitorang gi kedai sebelah pulak. beli apa ye?


AL-HABIB

kitorang beli minyak wangi al-habib :) mine yang penutup biru tu. HYPNOSE LANCOM  


k la babe, penat la. nak mandi. lepas tu nak tido :)

babai sayang :)

Saturday, November 20, 2010

Jusco with parents.

hari ni penat gila kott. pagi tadi bangun pukul 8. mama kata nak pergi melaka. so, mandila cepat-2. dah siap-2 mandi, tiba-2 kata tak jadi pergi sbb abah tak larat :(


diorang ajak pergi jj pulak. sbb mama nak pergi casa moda. time mama beli kain, malasla aku dgn abah nak masuk. kitorang duduk kat luar je :)


then, kitorang masuk jj. jumpa mirul kwn lama aku tu. bukan nak ngumpat. just nak ngata je (hehh, ada beza ke). huhh, takde, aku cuma terkejut tengok dia dah berubah gila. rambut punk + subang. takut aku tengok dia. muka handsome. perangai hampeh ==' lantak dia la kan :)


lepas tu singgah bata. mcm biasa, mama masuk. aku dgn abah duduk kat kerusi jj tu. aku nampak ada budak kecik dalam trol. dia dgn abang dia. tetiba aku nampak budah tu terjatuh dari troli. jatuh kepala dulu pulak tu. mak dia yang tengah duduk belek-2 kasut tu, baru la nak berlari gi kat dia. isshh, kesian budak tu :( aku rasa mcm nak lenyek je mak dia dgn troli tu. HAHA, sukati aku je :p


I'm oreo + donutella lover   

Friday, November 19, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha.



ni gambar semalam. time kat kampung. tido kat kampung satu malam. seronok babe ! bebas gila. tak de orang nak membebel :D gambar kat atas tu time kat rumah wan teh. time tu nak ambik wan teh kat umah dia. anak wan teh semua takde kat umah. so, nenek suruh aku dgn kak long gi ambik dia.

semalam banyak gila dapat daging korban. nenek buat masak kicap. perghhh, sedap gila cakap kauu. nenek masak dgn wan teh. diorang masak banyak-2 sbb nak sedekah kat ada satu rumah anak yatim kat rembau :)

K, gonna go.

babaiii, enjoy your holy day :)

New User.


assalamualaikum.

saya new user ! new user utk blog ni laa :D something bad happen kat blog lama :( dush, mintak2 la blog ni tak gila mcm blog lama tu. oke la, dah la sign up blog mlm2 buta (padahal baru pukul 11)HAHA. kena tido awal la. bangun lambat nanti, kena bebel pulak :D


so,

good night ,
selamat malam ,
wan an :)
Daisypath Anniversary tickers
Efy Eezad Officially Blogspot © 2014