Unborn 8.0 Pink Pointer

Thursday, December 22, 2011

alhamdulillah, saya 9A PMR!

alhamdulillah. syukur ke hadrat Ilahi. doa epiy, family and friends, Allah dah makbulkan :)


epiy betul betul tak sangka epiy dpt 9A. tak sia-2 usaha selama ni. alhamdulillah, bersyukur sangat-2. buat friends epiy yg dpt 9A/8A, congrats ! pada yg tak dpt, itss okay. korang tetap the best ! mungkin takde rezeki. nanti SPM kita sama-2 buat lagi BEST okay. congrats jugak utk korang. mmuuahh utk semua. semua org dah buat yg terbaik !


# kepada korang yg slack ARAB, jgn pernah menyesal masuk sekolah agama. mungkin kalau korang study kat sekolah lain, tak semestinya korang dpt rezeki yg sama mcm korang dpt skrg ni. Allah dah tetapkan segala-galanya. Dia mesti bagi yang terbaik untuk hambaNya :)


# kepada adik-adik yg bakal ambik PMR, all the best ! korang boleh punya. jgn pernah kenal erti putus asa. yakin pada diri sendiri :)


# kepada yang wish congrats, thanks banyak-2 sbb selalu bagi support kat epiy. sayang korangg <33


----------------------------------------------------


apa yg terjadi kat sekolah tadi?


okay, mula-2 epiy sampai sekolah dlm pukul 10.30 am dgn hati yg berdebar sakan. tp, masa tu takde cikgu langsung. so, abah bwk keluar mkn (ambik mama kat office). kat kedai mkn, takde selera (sape tak cuak -.-'). lepas hantar mama balik office, pergi sekolah balik (around pukul 12). masa tu, ramai member dah balik. tinggal beberapa orang je. masa pergi ambik result, puan fatimahwati kata, result teruk gila. tp nampak la muka dia tak serius. lepas dia bg slip, epiy terus genggam tangan dia, cium, nangis. then, pergi kat abah, peluk abah, nangis. abah kata, "abah dah agak dah. adik boleh".
lepas tu ambik camera. okay, gmbr ni je yg dpt snap. sbb ramai dah balik


click untuk kelihatan lebih jelas - skema

nway, bersyukur sbb result 14 siblings GEMPAK !
jangan pandang kitorang takde mata k. bukan nak riak, cuma nak bgtau kat orang yang pernah kata, "tengokla, 14 siblings akan rosakkan result batch Dextrous." hahh, nahh hambikkk kau -.-'

  • Fatin Afifah binti Ismail - 8A 1B
  • Nur Suhaila binti Hegretul Al-Amin - 9A
  • Nur Husna binti Zamri - 9A
  • Nurul Farah Adilla binti Zaidi - 9A
  • Nurfara Najwa - 7A 1B 1C
  • Nur Afiqah binti Adnan - 9A
  • Nur Hidayah binti Basri - 9A
  • Fadhilah binti Abdul Jalil - 9A
  • Aina Syiffa binti Suhaimi - 8A 1B
  • Lili Syahirah binti Amiruddin - 9A
  • Nur Izzati binti Radzuan - 9A
  • Wan Norasyikin binti Wan Jais - 9A
  • Noor Efifah binti Azmi -9A
  • Siti Fatimah binti Mohd Salleh - 9A
# kepada korang yg duk mengata tu, aku nak tanya, "rosak ke gempak?".

okay, ter'emo' plak. sape tak sakit hati kan? k, keep smiling :)

----------------------------------------------------

okay, tadi sia-sia je kena potpet dgn ustaz syed plus puan fatimahwati sbb nak ambik account next year :p dorang kata apa? "ghentianla mama awak tu nak bagi :DD"

# biology ? physics ? chemistry ? aiyooo. nak account pleaseeee ! -.-'

Wednesday, December 21, 2011

saya nak 9A PMR !

okay, aku rindu sangat sangat update story mory yg menimbun dlm kepala aku ni. but i'm out of mood. sbb esok result keluar. by the way, korang yang dah baca ni, doakanlah aku ye :)


"Ya Allah. semoga Noor Efifah mendapat straight A dlm peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2011. tidak lupa juga kepada kawan-kawan. Amin."


Thanks korang :) Ya Allah. cuak =='


# esok taknak pergi sekolah la :/ macam mane ni?

Friday, December 9, 2011

rekod baru lagi?

hollala :D


# aiyoo, starting mcm happy je :p


hari ni epiy ada rekod baru ;) smlm ada rekod, hari ni pun ada rekod gak? (rekod ape pulak budak epiy ni kan?) hehh, hari ni rekod online paling lmbt. peace >,< pukul 4 petang. huiyoo. pecah rekod siooott. sebelum-2 ni, pepagi buta dah online :p


# huhh, tah pape la epiy ni. kan kan ?


nak tau tak npe epiy online lmbt? tak nak tau ? takpee, epiy nak bgtau jugak :)


sebenarnye epiy online lmbt sbb tak sanggup nak tengok followers ada 25 org je. huhh, apa kes epiy ni? apa yg 25? ouhh, taktau lg ek? baca sini :) so, online la lmbt-2 sikit. masa dah connect internet td, bukak FB lu. lepak-2 luu. (walaupun hati dah rindu kat blog). dah merayau lama-2 sikit kat FB, baru bukak blog. hati berdebar kot masa tu. (ecehh, lebih-2 pulak). tp mmg betul pun. scroll sampai bwh. tengok followers ada 123. pergghh, Tuhan je yg tau betapa happy nye epiy masa tu. bkn happy sbb followers ramai gituu. sbb takde la ramai mane pun. epiy happy sbb followers dah kembali seperti sediakala ;) bloggers lain pun mesti happy gak kan? chill :)


# malam ni balik kg. taktau sampai bila :((:
pssstt -.- kat kg takde broadband. so, tak boleh update :'(


# esok anak mama nora kawin. selamat pengantin baru apit :)

Thursday, December 8, 2011

rekod tak online paling lama.

assalamualaikum dan selamat petang sedara :D 


epiy pecah rekod hari ni ;) huhh, rekod apa ? rekod tak online paling lama. hee :)


mana tak nya, pagi tadi bangun lambat (dah, kantoi.) hakhak :DD


epiy start online tengah hari sampai zuhur. tiba-2 hujan pulak. adoii, mmg line internet mcm bangang la kan :D k, takpe. epiy pun offline (dah la masa tu otak tengah pening fikir pasal followers yg dah tinggal sikit tu). bila dah offline, shut down laptop semua. tiba-2 blank taktau nak buat apa -.-


nak main game laptop ? laptop epiy mana ada games -.-
nak tengok tv ? haiyoo. guruh la. meletop lak tv tu kangg (hyperbola) -.-
nak mandi ? huiisshh, bila ada petir tak elok mandi. kan ? -.-


so, nak buat apa ? epiy ambik jalan yg paling best. iaitu tido. HAHA. buruk betul perangai tido petang-2 :D habis uh, dah boring. kan kan? :p lagipun, syok tido time-2 hujan kan? hee :DD


lepas asar baru online balik ;) skrg maghrib, taip entry ni :)


# epiy fedup. tadi tengok tutorial kak lyssa pasal blockquote. satu pun tak menjadi. haaaaiisshh >,<

111 jadi 25?

okay, epiy rasa sangat-2 sedih hari ni :'(


followers epiy smlm ada 111 orang. tiba-2 hr ni tinggal 25 orang je. entah nape tah dia jadi mcm tu. okay la, takpe. td comment kat kelab blogger. mengadu pasal benda ni la. ada sorang tu pun kena mcm epiy gak. then, ada pulak lagi sorg comment, "followers sy sikit je. takpe la. ikhlas menulis." hukhuk. terkedu. okay :)


# ikhlas menulis :)


mungkin jugak internet marah sbb epiy selalu online lama-2. ahhh, tak kisah la :D


pssst -.- malam tadi mimpi buruk :(

Wednesday, December 7, 2011

aku bengang.

fuhhh, berpeluh-peluh dah ni. jalan-2 belog (blogwalking) dari pagi td. berhenti pun sekejap-2 je. haisshhh -.- sape kata tak penat? penat tauu. hakhak. tipu je tu. takde la sampai berpeluh. mata je penat. 


# hurm, dah takde benda nak buat cuti-2 sekolah ni :)


okay, nak kongsi sikit. cuba korang bayangkan korang ada kat situasi epiy kat bwh ni.


cm ni, pagi tadi ada satu no celcom missed call no epiy. then, epiy text dia :
texting
epiy : sape uh?
no celcom : tak perlu tau la ni sape. klau nk tau gak, tanya la org yg tau. ade no fadell tak?


# act, fadell tu kawan epiy.


agak-2 korang sakit hati tak bila ada orang text korang mcm tu? nak kata kasar, takde la kasar pun kot ayat dia. cuma lebih kepada kuajaq. dia nak tanya kita, dia boleh pulak suruh kita yg cari sendiri dia sape. last-2, epiy tak reply text dia. dia missed call sekali lepas tu, pergi lantaklah kau. takdo maso den nak layan :)




# pssstt -.- cool gila lelaki ada blog ;)

blogging? best ke?

haisshh -.- rasa mcm dah lama tak update blog. (padahal baru malam td update) :p


ni la yg dinamakan, 'ketagih berblogging'. HAHA. sukati jehh. tapi, betul apa kann? :) pada pendapat epiy, berblogging la yang paling best. sbb apa? dkat blog ni, takde pape yang terhad. buat la apa korang nak buat untuk cantikkan blog korang sendiri. betul tak? dekat blog pun kita boleh dpt ramai kwn baru. kan kan? ada kwn epiy kata, berblogging tu nampak cm boring. ye ke boring? hoho. belum cuba belum tau. kalau minat, best la. kan kan? huhh, blogwalking? yeah, my febret :) suka betul jalan-2 ni. menghirup udara segar :)


eihh, hari ni traffic blog epiy tak laju mcm smlm laa. huhu, takpee. tak kisah sgt pun. tp thanks gak yang sudi walking-2 kat blog epiy ni. usha-2 kat atas tu, blog epiy ni tak pernah takde orang jenguk. thanks yaww. tinggalkan la jejak korang kat shoutbox tu. senang epiy nak tau sape yang tengah meng'usha' k :) nt boleh epiy usha korang balik ;) hihi.


hah, pada yg first time jenguk blog epiy nii, follow la kalau berminat. kalau tak nak, takpe :) tak kisah. tak perlu paksa kan? nak hit back, bgtau ye. anytime :)


# mula-2 td blank taktau nak taip apa. last-2 tengok, panjang berjela gak taip. haisshh -.- epiy-2 :) k, nak sambung blogwalking. jom! :D

Tuesday, December 6, 2011

spam tu apa?

okay, followers epiy ada 70 orang dah. thanks followers :)


hekk ehh, babe. act, epiy tak tau spam tu apa. spam tu apa ekk? ce explain sikit kat epiy kot-2 ada yang tau. epiy dah try google. jumpa. tp tak fhm gak. haisshh -.- tolong epiy eihh :)


# k, saya sgt kuno. dengar perkataan spam dah 4 tahun, tp still taktau apa kebendanya makhluk yg bernama spam tu. sedih tauu :'(




tadi pergi melawat rumah baru kat TTJ (short form for Taman Tuanku Ja'afar). huhh? apa? ada yg duk kat area situ? ouhh, bakal berjiranlah kita ;) insyaAllah rumah TTJ epiy tu, (ecehh, padahal mama dgn abah yg punya) siap pertengahan tahun depan. yahooo ! pindah rumah baru. yea yea :D HAHA. nampak tak batak disitu? yelahkan. hamba Allah bernama noor efifah ni, mmg tak pernah merasa pindah rumah. kesiannn. kan kan? :'D




# tadi my "David Beckham" call. yeah, dia bgtau yg dia ada kat luar Malaysia. isk isk :'( rindu awak -.-

group sahabat blogger? epiy kena maki.

# saya suka saya suka :)

tadi kan, epiy joined group sahabat blogger kat FB. baru beberapa minit, followers blog epiy dah bertambah dlm 20 orang. daripada 30 orang, skrg dah ada 52 orang. hurm, apa dia? takde la ramai mana pun? okayy, tu bagi awak. epiy tak popular mcm awak nak ada followers ramai-2 :) 20 orang baru pun, dah ramai dah bg epiy tau :)


yg bertambah happy kan, dok sibuk-2 follow orang, sekali terjumpa pulak twin epiy. nama dia rynie. yeah, dia jadi kakak epiy la sbb dia tua 4 tahun. susah nak jumpa orang birthday sama. love youu kak rynie :)


# saya sedih saya sedih :(

tapi kan, syok-2 jugak joined group sahabat blogger , epiy ada kena maki gak kat situ tadi. huhu. act, mmg tak straight to epiy. but, epiy tau salah epiy. epiy yang start post dulu kat group tu. lepas tu, ramai pulak yang letak link kat post epiy. then, makin lama makin ramai buat post link kat group tu. huhu. mintak maaf ye owner group. epiy tak baca rules masa join group tu. epiy dah mintak maaf dah kat orang yg 'memaki epiy' tu. taktau la dia maafkan epiy or tak. huhu. ampun ampun :')

Monday, December 5, 2011

nenek aku.


yeah, i do need something to post. tapi blank -.-


siang td, chat dgn along kat FB. dia ajak balik kampung malam sabtu ni. sbb nenek nak ajak hang. ecehh, nenek pun pandai nak hanging-2 ni :D nenek kata nak beli phone baru. fuyoohh ! nenek aku moden. kau ado? :DD HAHA. mesti ada readers tu kata, "batak gila minah ni." kan kan ? hehh, ada aku kisah? sukati aku la, entry aku :)


petang pulak, nenek call. ingatkan dia nak ckp pasal hang tu, ni dia tanya ape tauk? "adik nak masuk contest mengaji tak? kg rendah ada buat contest. kalah menang soal lain. kalau nak masuk, nenek ambik borang." hailaa nenek. den tak pandai tarannum. tak payah laa. kangg buat malu nenek jo gn kaum kerabat kat sano. (HAHA, hambikk. tak reti speaking nogoghi, tak payah la epiy oii) kan kan? :p aku ckp kat nenek tak payah. nenek mcm hampa je. tp nak buat cmane, aku mmg tak reti tarannum >,<






# sayang-2, tau tak saya rindu awak ? okay, i miss my "david beckham" :')

hate Mr. Hacker.

alhamdulillah, dapat gak aku online kat laptop ni :)


malam tadi aku kemas laptop ni. delete apa yg tak patut ada dlm ni. scan virus je belum :) pagi tadi aku sambung godek macam mana nak connect internet. tak berjaya gak. haisshh, last-2 aku uninstall. then, install balik. nway, alhamdulillah sbb dpt gak online kat laptop sendiri ;)


pagi tadi along call, then dia tanya pasal laptop. aku kata dah elok. dia kata, "melepas aku nak dapat laptop kau." HAHA :DD


#tak sangka, ada gak orang nak laptop aku ni :p


along kata, orang still boleh copy gambar kat dlm blog aku ni. so, aku pun godek-2 lagi google tu. sekali terjumpa pulak Mr. Hacker. tak patut dia ajar org jadi Hacker mcm dia. sukati org la nak disable copy. dia pulak sakit hati. kepalotak dia. mestila ada sbb kenapa orang nak disable copy kat blog dia. so, apa mslh Mr. Hacker nak bengang pulak ?


so, aku surrender je la. aku just mampu HARAMkan sape yg copy anything kat blog aku without inform me. dosa tanggung sendiri, kubur lain-2 kan? so, renung-renungkan. selamat beramal :)

Sunday, December 4, 2011

sangap nak online.

hari ni baru dpt online =='

pagi-2 smlm, gerak rumah along. sampai sana, abah nak pinjam laptop. sekali tak boleh connect internet. sakit gila hati masa tuhh. tapi, think positive je la. hope balik s'ban boleh la connect. so, hari ni balik s'ban, terus on laptop. tak boleh connect jugak. haishh, mmg nak kena carut la berokband + laptop tu. abah try kat laptop dia, boleh pulak. mmg nak suruh aku nangis la kan :'( aku tanya abah, ada tak orang nak beli laptop aku tu? HAHA :D sape la nak laptop aku tu kan? :( waaaa, i need laptop baru. please abah, pleaseee :'( nak beli sendiri, duit takdo. kalau ade pun, berani la beli tak inform kat abah dulu. mmg stok kena maki la dgn dia kan :'D haishh, ape nak buat ni? tolonglaa akuu :'( 

#nasib baik abah bagi pinjam laptop dia. lega sikit sangap aku nak online :') 

smlm beli karipap IKEA. febret tu! kalau ada sape-2 nak dtg umah, jgn lupa beli karipap IKEA dulu tau ! karipap lain tak nak ;) HAHA :p

Saturday, December 3, 2011

ye. aku tipu.

okay, tadi aku kata nak off. tapi sebenarnya tak off langsung pun dari tadi. HAHA :D editing my blog tak habis-2. sekarang baru betul-2 done ;) okay. saya betul-2 nak tido dah ni. okay readers, saya tak tipu. betul-2 ngantuk gila babeng ni. kbaii sayang :)



Friday, December 2, 2011

no more copycat.

hohooiiihoii :D


Oooppps, assalamualaikum :)


yeahh, puas-2 ! puas hati aku ! hurm , puas? apa yg puas ni? yeah. aku rasa amat berpuas hati setelah aku berjaya buat apa yang aku inginkan (amik kau, ayat skema). hehh, aku gembira gila ni. kenapa haa? apa mslh aku nak gembira sangat-2 ni? yesss , aku gembira sbb aku dah berjaya hasilkan satu kerja yang sangat-2 memuaskan :) penat aku godek-2 google dari maghrib td. skrg dah pukul 10 baru jumpa apa yang aku cari. yeah, akhirnya aku jumpa gak how to avoid COPYCAT a.k.a. COPYPIG dekat blog aku ni. so, takde la aku risau sangat nak letak gambar family aku or anything yang aku suka kan? especially gambar ANAK BUAH kesayangan aku tu. mcm aku taktau je ada org copy gambar aku dgn dia, then crop gambar tu. fakk la kau :/ lepas ni takdo do kau dpt buat macam tu lagi okay. kalau kau ada cara lain, mmg kau hebatla kan. nak up to date dgn family aku pulak. fakk la kau lagi sekali :D


k, aku teringat pulak pasal pagi tadi. masa aku tengah tido, anak buah kesayangan aku tu call. then dia kata, "acu, baby nak mintak maaf." huh? kenapa? aku pulak tengah mamai masa tu. mimpi apa budak ni tetiba mintak maaf pagi-2 ni? raya ke? haishh -.- raya dah lepas la sayang oi. "sbb hari tu gaduh-2 dgn acu" HAHA -.- sumpah lawak dohh sayang ♥ baik gila anak buah aku ni mintak maaf. padahal aku yg selalu sakat dia. HAHA :DD aku pun kata 'yelah' je.
baby, esok acu dtg putrajaya acu sakat baby lagi okay? HAHA :D


okay, wanna off. pagi-2 esok gerak putrajaya jumpa my along and BELOVED niece. kbaii good night -.-


p/s : 
-kerja meng'edit' blog already done !  
-to copyPIG, fakk kau kali ketiga :DD

Edit blog.

haishh -.- baru lepas edit blog =='


blog saya dah lainkan awak ? yesss , saya baru edit tadi :D saya jadikan blog ni se"simple" yang boleh. takde la serabut mcm sebelum ni kan ? okay, act tak habis edit lagi. but saya nak pergi mandi dulu. kejap lagi nak keluar makan. balik nanti saya sambung edit. kbaiii :) I Love You. Muah muah ;)


p/s : Thanks facebooker sbb click link blog saya dekat status. peace >,<

Siapa Rara Zikry?

hoh, dah lama tak update blog. hari ni , dpt cerita pasal Rara Zikry. so , wanna update about her.

act , tak pernah tahu pun siapa Rara Zikry ni. masa tengah godek-2 FB tadi, terjumpa pulak cerita pasal Rara dekat satu page ni. nak tau jugak siapa dia ni. so, epiy google la :) 

berdasarkan cerita dekat blog-2 lain, dia ni orang-2 biasa je (means bukanla artis) :) cerita pasal Rara ni dah lama tersebar. dah banyak kali masuk tv (berita, nona, WHI). 

jumpa pasal kisah Rara ni pun kat kawan-2 dia , 

"On that date, 19th March 2010, Lanie, Rara and kawan-kawan yang lain plan nak spend time together. biasala hujung minggu. Ada yang pergi camping, ada yang pergi shopping, ada yang pergi clubbing, but they choose to go for cycling. Diorang pergi kat area Mahkamah Shah Alam. Diorang pon enjoy cycling kat situ. Out of sudden masa tengah have fun, Rara terduduk and sesak nafas. Yes, diorang sedia maklum tahu yang Rara ada asthma, dan mungkin ni asthma attack yang normal. Rara minta hantar dia pergi hospital terus sambil tahan sesak nafas tu. Masa kelam kabut tu, Lanie suruh kawan dia ambil kereta while Lanie tanya Rara nak dia buat CPR tak memandangkan Lanie tahu how to do it. Tapi Rara cakap tak payah and terus ulang minta hantar dia kat hospital. Masa dalam kereta Lanie sempat cakap-cakap lagi dengan Rara but then, Rara diam and mulut dia dah berbuih-buih. Sampai je hospital, doktor cakap dia dah koma. Lanie cakap doktor tu rasa masa dalam kereta dah kena dah..."

Rara menghidap penyakit Hypoxic Ischaemic Encephalopath iaitu kecederaan otak disebabkan kekurangan oksigen kesan daripada sesak nafas. Sejak dia sakit, bertalu-talu masuk timeline minta donation for Rara Zikry :( sedih bila search kat youtube , google pasal Rara Zikry :(

pagi tadi terjumpa pulak berita ni kat FB,

Assalamu'alaikum beloved Rara Zikry's FB friends. Sad to say that Rara left us today, December 1st Dec at 10 pm at Sunway Medical Center. Jenazah berada di 90, Jalan USJ 6/2B Subang Jaya. Jenazah Akan dibawa Dari rumah ke masjid SS 19 Subang Jaya dalam pukul 8 pagi Dec 2. Insya Allah jenazah Akan disempurnakan Dan akan dikebumikan sebelum solat jumaat. On behalf of the family, thank you for the condolences, Doas and contribution. Semoga ALLAH swt bless her soul, forgive her sins, make her grave a garden and grant her the highest level of paradise. May ALLAH grant her eternal peace and may her soul be placed amongst the pious and chosen believers. Amin.



Takziah buat family Rara. Al-fatihah.



p/s : rasanya tak perlu kot epiy upload gambar-2 arwah memandangkan arwah pun dah pergi menghadap Ilahi. sama-2 kita doakan semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman. amiin :')



INGAT ! 
penyakit boleh datang bila-2 -.-

Friday, October 28, 2011

Chemistry

hoii :) taktau nak post ape nii. tp tangan gatal pulak nak menaip. adoii. hahh ? apee?? birthday ? takyah la. tak best pon :')

hah, japjap. cuba tengok kat kotak jerit (shoutbox) tu. punye la lama takde org jerit-2 kat situ, tiba-2 je ade silent reader lak bagai. masa "mereka" jerit dekat-2 pulak tuhh. beza 2,3 minit je. nmpk beno nipunyee ~ haishh, sape punya kerja laa tu kan. mcm tau je sape ? HAHA >.< lantaklahh.

hr ni hr ape ? jumaat. sudah tentunya epiy study chemistry + physics. huhh, gila best :D

sdikit formula about chemistry :-


CATIONS (positive ion)



+1
  • Nak = NA+ = sodium ion
  • Hafal = H+ = hydrogen ion
  • Kimia = K+ = potassium ion
  • Agak = Ag+ = silver ion
  • Liat = Li+ = lithium ion


+2
  • Cu = Cu²+ = Copper (II) ion
  • Ba = Ba²+ = Barium ion
  • Caka = Ca²+ = Calcium ion
  • Pb = Pb²+ = Lead (II) ion
  • Mgapa = Mg²+ = Magnesium ion
  • Zain = Zn²+ = Zinc ion
  • Fedri = Fe²+ = Iron (II) ion


+3
  • Fetrah = Fe³+ = Iron (III) ion
  • Alam = Al³+ = aluminium ion

p/s : act, epiy pon tak fhm sgt dgn formula ni :) takpee, ni baru basic kann. bnyk lg kena study :)


#next post okeh utk ANION (negative ion-non metal ion)

Monday, October 24, 2011

birthday.

okeh. dah lama sgt tak update blog. serius, malas. hr ni hari isnin kan? nape aku kat rumah? sbb... aku dpt mc. hari ni gn esok. rabu nt, aku balik la asrama. aku mintak hr ni jehh, tp doktor bg 2 hari. mula2 aku tak nak. tp last2, aku amik gak.


tau tak esok ape ? esok, 25/10. birthday aku laa. npe tahun ni aku dpt rasa birthday aku tak best ha? sblm ni, birthday aku mmg tak pernah best pon. tp tahun ni, aku rasa sgt2 tak best. aku tak heran gn birthday aku tahun ni. aku rasa mcm nak birthday tu pergi jauh2. jgn dtg dkat gn aku. tp? esok la tarikh tu dtg. 


nape aku terima mc doktor?
-mula2 taknak amik. suddenly abah kata, "budak2 skrg mmg taknak sambut birthday dgn family dah. dia nak sambut dgn kwn2 dia je." bila aku pikir2 balik, pernah ke aku seronok sambut birthday? ntahla. tp sbb aku taknak abah terasa, aku amik gak.
-sbb aku tak berani nak pergi sekolah. aku taknak susahkan kwn2 aku. (ade ke kwn2 yg nak susahkan diri dorg sbb aku?) ntah la. buat sape2 yg ade plan ape2 utk aku, (kalau ade la) mintak maaf sbb aku dah rosakkan plan korg.


aku taknak jumpa kwn2 aku masa birthday aku. aku taknak sedih. tahun2 lepas pun, birthday aku nothing. kalau betul2 dorg nak wish aku, dorg leh call aku kan? tp aku tak kisah un kalau takde, sbb aku pun tak slalu suprise org. so, sapelah sgt yg nak hargai aku :)


minggu lepas, hr khamis kalau tak silap. aku nangis sbb birthday aku dah dekat. aku un taktau nape. nape ha? ntah la. taktau taktau.


sakit, tp ubat tinggal kat skola. cmne nihh ?


moment yg aku tak boleh lupe : time darjah 5, birthday aku paling best la kot. tp sbenanye takde la best mane pon. aku hargai kwn2 aku. tamadhir, sumayyah n others (aku tak igt sape). korg beli kek utk aku. serius aku hargai sgt2 :) thanks korg. rindu korg :D

Wednesday, August 31, 2011

wayang.

woohaa. pergi tengok wayang td. movie hantu bonceng. pergi dgn along, angah and farieyna. BEST gila cerita tuhh. mula2 igt cerita seram. rupenye seram komedi. lawak ! huhu :) tercapai jgak hasrat epiyy nak g wayang hr ni. ramai gila org. igt an takde coz raya. tp ramai cinaa laa. huu, penoh jj gn cina. lpas jj, twon term. nak g beli tiket bas angah. then pergi kedai phone. along nak beli corby. kata gila corby, tp mau c3. tak phm btol. suka ati dia lahh kan :D 
lepas tuhh, pergi raya umah kwn along and angah :)

Tuesday, August 30, 2011

selamat hari raya.

betapa indah dan syoknya bulan syawal ! di sini, epiy nak mohon ampun dan maaf dari SCAPULA sampai FIBULA atas segala PARALLEX ERROR, ZERO ERROR dan segala INVOLUNTARY ACTION yg dilakukan tanpa CONSCIOUS CONTROL. diharapkan agar entry inin dpt menjadi CATALYST utk anda menaikkan MOMENTUM dan PROBABILITY saya supaya melakukan REFORMATION utk relax sikit sbb PMR dah dekat !


# heh, copy je tu :D


ANYWAY, 
SELAMAT HARI RAYA !




epiy sedih sbb 1 syawal tak dpt pergi tengok wayang :(
epiy tak kira, 2 syawal epiy mesti ada kat wayang :D

Friday, August 26, 2011

sikitnya entry.

huu, fyi , bila tengok dkat list, sikit jer entry saya kan ? haa, byk lg sbnrnye. tp dah di"draft"kan atas sbb-2 tertentu. haish, blog saya hambar. hambar. kan kan ? :)


jap lg nak kuar gi amik angah kat term. dia balik dari uitm JB. rinduu gila kat dia. lama tak jumpa :'D lama tak pauu dia. esok nak ajak dia hang. nak buli dia belanja mcm2. HAHA. jahat takk ? for sure saya tak buat mcm tuhh meyy. saya syg abg saya taukk :D dia abg terbaekk walaupun ktorg slal0o gadoh. haha. truly, mesti dia muntah darah bila baca entry nihh. ape aku kesah? AKU SAYANG KAU <33 ! :D


# NO POINT :'D

Result Trial.

Result trial saya terok ! sedih sedih. :'( dpt 2A je. tp bsyukur sbb ada improvement. saya nak struggle. tak kira, pmr mesti 9A. yg B nye 78, 77, 75. sedih betol. tp salmi kata, "takpe piyy, mana tauu kalau piyy dpt 5 atau 6, epiyy da ckop confident " huhu. betol gak an ape dia kata. saya nak bljr betol2.

guru muda saya :

BI - teem.
SEJ - kimie.

p/s : kimie, kita dah janji kwn sampai akhirat kan? pedulikan apa org kata :)




kimie - epiy - fadell
sahabatselamanya<33

Sunday, August 21, 2011

saya gembira+sedih :')

Mmg la dah lama tak update blog burok ni. busy gilaa kot. ni pun, baru abis trial. result trial tak payah cerita la. terok gila sampai nangis-2 hari tuh. tak nak ceritalah, nt nangis lg. yg pasti, hidup mesti diteruskan, pmr menanti. woot woot :D


bulan puasa ni la aku nak dilema. pelik betul. gembira ada, sedih pun ada. dah mcm org gila aku rasa. entahlah. apa nak jd gn aku pun aku taktau. haishh, APTB =='


aku taktau nak taip ape lg walaupun mcm-2 benda bermain kat fikiran aku ni. so, aku nak pergi study. nak cover balik result trial aku yg terok gilaa tu. :')

9A menanti aku dan dextrous :D


9A is ours !

Saturday, July 16, 2011

amir pergi buat selama-lamanya.

Amir :'(
                                                                                      
kwn lama. seriusly terkejut bila bukak blog kak mayang. takde org bgtau aku pun. da dekat sebulan kau PERGI buat selama-lamanya, aku baru tau cerita :'(


29 June 2011, muhammad syahmir bin shariff. kau tinggalkan semua org yg syg kau. semua org yg kenal kau tak bole terima hakikat yg kau dah pergi kan ? ramai yg nangis sbb kau kan ? aku yg tak rapat sgt dgn kau ni pun boleh nangis bila baca cerita kak myg tu. SUMPAH sedih sangat-2 :( takpe la amir, Dia lebih sayangkan kau kan ? semua org redha kau pergi drpd kau derita after accident tu. ingat tak, time darjah 1 - 3. kita satu kelas kan ? kat SK Dato' Bandar Rasah tuu. kita selalu gaduh kan ? kau sgt suka sakat org. sampai abg aku dtg jumpa kau. lepas tu, kau tak berani dah kacau aku lagi. huhu. last aku jumpa kau, last year. time cuti sekolah. tu pun kau dtg rumah family angkat aku. kau dtg sbb nak mengaji dgn ayah angkat aku kan? aku ade kat dlm rumah time tuh. tibe-2 abg angkat aku masuk, dia kata, "tu pakwe kau dtg." aku jenguk la kat luar nk tengok sape. rupe2nye kau. kau senyum je kat aku kan masa tu kan? tp kita tak tegur pun kan? aku tak sangka , hari tu last aku jumpe kau :'(


takziah buat family amir :)
AL-FATIHAH utk kau amir :') aku doakan kau tenang kat sana :')

Allahyarham syahmir (seng)

Sunday, June 5, 2011

Keberkatan Surah Al-Ikhlas.

Ketika Memulakan Kerja.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-2 saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. 


Sebelum Masuk Ke Rumah.


Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.)
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu. 


Ketika Sakit.


Sabda Rasulullah S.A..W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). 


Khatam al-Quran
 

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengkhatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzu' kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali ,khatamlah Qur'an kerana ianya sama dengan membaca 30 juzu' Al-Quran. 


Pahala Membacanya.


Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.  Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s. 



# Jika kawan-2 ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan-2 yang lain. Seperti mana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: 

1.Sedekah/amal jariahnya 
2.Doa anak-anaknya yang soleh 
3.Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. 


Wallahualam :)

Saturday, June 4, 2011

bomba.

assalamualaikum + hello !


lama tak update blog. last update bulan 3. busy dgn exam n bomba. 


hurm, hari tu gi kawad bomba peringkat kebangsaan kat JB. latihan pusat 4 hari kat balai bomba Nilai, perkhemahan 6 hari kat JB. lama kan? sbb lama la buat fy rindu kat member-2 kontinjen n9 ! :'( rinduuuu! dowg THE BEST laa ! 10 hari mengharungi kehidupan bersama (ececece ~) ingat lagi jurulatih kata , "kita pergi sana bukan sebab sibuk nak menang, yg penting kita enjoy ! have fun there !" betulbetulbetul. seriously ckp, pengurusan perkhemahan kat sana sangat BAD ! sikit sangat nak jumpa yg bagusnya. its okay, member-2 + jurulatih tetap BEST ! yg tak boleh blah, masa kat balai bomba Nilai-, masing2 muka ketat je. bwk ego. tp, student seri ampangan BERJAYA memulihkan keadaan. ecehh.(dengar-2 mcm tu la, fy pun tak pasti camne kitorang boleh geng). then, mula la rapat antara satu sama lain :p ingat lg satu malam tu, BOBOT punya kerja, main pintu sampai semua terkunci kat dalam. hahaha. tak sanggup nak taip, nt nangis. sbb rinduuuu ! yg penting, kitorang dah buat tombol pintu tu terpaksa dipecahkan. (BOBOT punye pasal !) :DD pagi hari jumaat, kitorang gerak JB. sedih sbb nak tinggalkan balai tu. otw tu, stop kat simpang renggam, lunch. bila dah sampai tapak perkhemahan, semua (kadet wanita) hangin je sbb jalan nak g tapak khemah penuh dgn lumpur. kotor 'but terbang' ktowg ! lain kali buat la tar siap-2 ! (cehh, manusia mmg tak pernah bersyukur)


hari demi hari berlalu, (dah malas nak taip la ni kan ) tiba la hari kitorang nak berangkat pulang ke tanah air. persiapan pulang tu tak yah cerita la kan. terlalu banyak yg suweet2 time tu. time otw balik, jurulatih bwk ktowg singgah Plaza Angsana + Ayer Hitam. fy jalan-2 je sbb dah takde duit nak beli barang. mmg pokai dah time tu :'( lpas ayer hitam, terus balik. tapi gembira gila bila dlm bas ada org bg pillow ! comel gilaa ! thanks doh Ain. kitorang target dpt tido lg satu mlm dkat balai. rupa-rupanya tak ! sedih gilaa ! semua kena balik sekolah masa tu jugak.


rindu gilaa budak SERTING
Bobot (buat aku pecah perut), 
Joee (aku sayang kau gila doh. caring nak selimutkan aku malam-2),
ayeen (kau comel, kau baik. muka kau garang siott), 
ain (kau diam, tp tak sombong), 
aza (hahaha, seriously muka kau comel mcm kucing), 
tomei (kau pun caring dgn aku kan? syg gila kau kakak !) 


budak SERI AMPANGAN rindu gak ! 
(tak boleh nak list, terlalu ramai) 


KGV tak lupaa ! 
bella, (perghh , market gila tp setia. HAHA),
jieyah (comel, kecik tp form 4), 
wan (suara kau best. rindu nak dengar), 
nadz ( baik dlm diam) 


PASIR PANJANG
dobot , bai , teha


SERI PAGI
eqa , norfa , faten 


rasa nak taip lg. tp LAZY laa.


(cerekarama dah START babe !)


babaii.


p/s : - yg penting fy RINDU GILAA NAK MATI kat korang 
[joee, bobot, ayeen, ain, aza, tomei] 
[bella, jieyah, wan, nadz] 
[dobot, bai, teha] 
[eqa, norfa, faten] 
[kak ain, kak nurul, kak tyra, kak ziera, kak jieha, kak yan, farah, syiqin, along]


- the most important, 
jurulatih : cikgu ain, cikgu sue, cikgu syafiza, cikgu ..., cikgu... :) [lupa nama jurulatih :p]



Sunday, March 13, 2011

batu hitam, pahang.

baru balik dari batu hitam, pahang. gerak sana sabtu pagi, petang ahad sampai rumah.
stay kat blackstone resort, pahang. best. jalan-2 kat tepi pantai dgn angah. gi sana jalan-2 je. tido satu malam je. tak boleh lebih sbb isnin mama keje.


okay, blank gila. tp tangan gatal nak taip :|


malam yang gembira.

Wahhh ~ seronok yaw mlm ni. 
hukhuk ~ rmai member chat :)
asal-2 td moody je time ujey text. last-2 ramai lak kacau. seronokgila.
thanks to all friends yg happy kan epiy tonight ! likelike :)


syukranjazilan t0 :
~ Ejat Wajdy ( kr kr kr ) ;)
~ KaQ Izzati @ kaQ Ejat (aspurian ~ ) :P
~ Fara Najwa ( F.E.E.L.U.F) :)
~ Ali ( alianz ~ ) =)
Ujey ZaQwan (classmate ~) :|
~ FyQaDnaN ( Roommate @ F.E.E.L.U.F ) ;)


thank you korang. I Love You More :) 


:* ~ SAYANG ANDA SEMUA ~ :*
Daisypath Anniversary tickers
Efy Eezad Officially Blogspot © 2014