Unborn 8.0 Pink Pointer

Tuesday, December 25, 2012

penjara dah panggil.

minggu depan dah kena check in penjara :( tapi takpe, 2013 tahun akhir untuk lapor diri, lepas tu saya bebassss ! sebelum bebas, ada SPM ==' cuak sungguh. UPSR sudeh, PMR sudeh, tinggal nak berjaya SPM je. Oopss, sebelum terlupa, congrates to adik-2 yg ambik result PMR hari tu. kalau result tak berapa nak okay tu, relaks sudeh. PMR tak penting sangatlah dikk, penting sikit je. Let's strive for SPM pulak :) straight A plusss plusss !

batch 96, All The Best SPM gangg
batch 97, belajar rajin-2


# dengki betullah laptop ni. dah la semalam buat hal tak boleh on. ni kau nak main hang hang pulak. tunggulah aku transfer semua data dalam hard disk dulu. lepas tu kau nak problem kau punya pasallah. okay laptop? I love you :)

Thursday, November 22, 2012

cuti sekolah.

hello readers :)

*ayat nak poyo. sape yang baca blog aku ? aku post, baca sendiri kot* :D



haa, act aku tak minat pun blogging-2 ni. sekali sekala tangan rasa gatal nak taip tu, kat sinilah ;) sbb tu tak active, manjang je takde update.

haa ni aku nak sedar diri sikit. tahun depan SPM yopp ! cuak bhaii. gila cuakk kott. sampai aku cakap kat akak aku, "ehh adik lagi takut SPM daripada hantu okay !" erkk betul ke ? betul kott. tadi beli buku karangan BM, buku latihan PQS dgn PSI. beli je semangat. mintak-2 la rajin jugak nak buat =.= mana nak cari buku rujukan PQS dgn PSI eh ? tadi kat SBC takde jual :(

# aku tanya kat blog, gamaknye jwb sendiri lerr =,=' hurm, tengah search kat mph online ni, tapi mcm takde je :'/

huishh, agak-2 aku boleh mati kebosanan tak kalau asyik terperap je dalam rumah ni sampai hujung tahun  ?kalau duduk kat putrajaya tu, ada la jugak kehidupan. boleh pergi jalan-2 kat alamanda ke, ngorat abang-2 handsome tepi jalan ke. ngahaha :D ehh aku baik okay. mana pandang lelaki *blwekkk*

1 disember nanti, kitorang satu family nak hantar angah pergi Johor, Sem 3 kot. ehh 4 ? ehh entah :p *adik yg tak prihatin ;)* lepas tu, aku boleh ikut along pergi putrajaya ! yesss , cepat-2 la bulan 12 ;)

warghhh, aku tak nak sekolah tahun depan boleh tak ? tak sanggup. orang cuti sekolah sibuk pergi tuisyen. ishhh, idok lerr aku. rasa nak pergi tu ada, tapi kangg dah bayar, malas pulak nak pergi. so, baik duduk diam-2 je kat rumah. toksah pening-2. kalau mau study, pergi beli buku sana :)


Friday, November 2, 2012

pusat akses SMAPL

bosan , kat pusat akses -.-


ketua editor 'tersayang' aku nii, aku mintak kerja tak nak kasi. busy sangatlah dgn rumah uthman dia tu. takpee, dia busy pun utk birthday party aku jugak *perasan*. :D tak buat kerja kang membebel. bila nak buat kerja, tak nak kasi pulak ==' nak bukak fb, tak boleh pun. tadi boleh. dah kena block kot. sekolah ni kan kedekut. haha, sukati je :p nasib baik ada twitter.

haa, hari tu time birthday, along kasi shawl. kaler turqoise. lawaaaaaa ♥ semalam pun dpt lagi hadiah birthday ! BFF kasi tudung. azizi dgn dell. sweet ouhh   hahaha. thankyouu ;)

okay, 7 hari je lagi utk jadi form 4. so, nak ready utk form 5 *poyo*. kbai :)


Wednesday, October 31, 2012

cuti dah dekat.




okay, aku dah janji nak update pasal australia. tp nanti lahh. takde mood -.-'

so, aku dah lama gila tak update blog. bila view je, banyak gila shout merepek kat shoutbox tu since aku guna blog templates. okay tak faham -.-

# update dekat pusat akses. dah takde benda nak buat kot. >.<
# padahal banyak je kerja untuk majalah sekolah ni :p


9 hari je lagi nak sekolah. :D okay, gembira sekejap. next year, form 5 dah. SPM ==" tapi takpeee , goodbaii SMAP Labu. setahun je lagi , yesss !


- cuti , stay putrajaya :)
- cuti , kerja kerja ! okay tipu. mama tak kasi. </3
- cuti , study. boleh ke ? ;)

Friday, August 24, 2012

kat australia.

HELLO MALAYSIA !

okay , poyo. aku reti bagi salam laa ! ASSALAMUALAIKUM :)

dah lama gila 2 hari aku tinggalkan malaysia. aku tak rindu malaysia. seriously, australia best ! sekarang penghujung winter, sejuk gilaaa ! malam - pagi 4 degree , siang 10 degree. lebih kurang laa. sejuuuuuuk ! okay batak -.- #orang tak pernah pergi oversea kann ;)

haha, okay aku gatal nak update. semalam pergi cc, 1 dollar 20 minit. mahal siott. hari ni baru tau boleh guna pc kat lobby ni. FOC ! rugi jehh. ehh, aku tak habis journey lagi laa ! esok nak pergi chocolate factory. balik malaysia nanti, aku update dgn gambar sekali tau ! tadi nak upload gambar. tapiiii, aku tak jumpa mana nak cucuk memory card ==' mmg takde kott.

# aku dah buat pc lobby hotel ni mcm pc sendiri dah !

k out. baii !

Sunday, August 19, 2012

esok raya.



haaaa, esok raya. yeaaa, aku dah beli baju raya dah tadi. esok nak raya, hari ni baru beli. okay, aku tau aku power, dah diam ;)

weihh, aku jumpa ramai gila manusia yang aku kenal kat term hari ni dgn smlm. major budak SMAP pulak tu. tapi, biasalah aku. for sure aku akan buat-2 tak nampak je. okay, aku mmg tak rajin bab-2 tegur orang ni. seramai-ramai umat yg aku jumpa tu, aku cuma tegur ujey dgn kak fawa je. tu pun sbb dia orang dah tegur aku dulu. lepas tu, boleh pulak jumpa anak cikgu eshah. okay la, aku tegur. dia bukan budak SMAP. hahaha. okay sengal. hee SMAPian, jgn marah -.-


AUSTRALIA

raya keempat aku gerak sana. adeii. act, aku mcm takde mood je nak pergi. maybe sbb raya kot. balik je dari sana, dah terus kena pergi sekolah. nampak betapa kejamnya pengetua sekolah aku? dushh. please la bagi aku cuti sehari dua.

# aku cerita dekat amir pasal ketidaksemangatan aku. amir kata, buang ketidaksemangatan tu jauh jauh. ambik semangat baru. haih, acano? -.-

wei, esok raya wei. tangan aku ni gatal je nak meng'update'. silap-2 esok kangg tak bangun pulak aku. so, gonna go. aku ngantuk ni. kbaii -.- selamat hari raya :)

Thursday, August 16, 2012

selamat hari raya.


hujan tu kat luar, Allahumma sayyiban nafi'an.
baru je ingat nak meraban kat twitter tadi. internet pulak tetiba slow. taknak bg aku online letteww. so, aku ambik keputusan utk update blog :)

okay, firstly aku nak kutuk facebook sikit. bukan, nak kutuk Mark Zuckerberg sebenarnya. tak lama lagi, Mark akan tukar semua profile jadi timeline kan? haih, Mark. kau tak pernah puas dgn rupa profile page tu. org suka yg lama, kau tukar jadi baru. org suka baru, kau tukar jadi timeline. haih, skrg kau tengah autochange profile org kan? aku tak kena lagi, tak lama lagi insyaAllah la jadi timeline profile aku tu -,-' 

# gaya macam Mark Zuckerberg baca je blog aku ni. kalau dia baca pun, mesti kena google translate punya ;)

siapa baca status fb aku ?


okay, MPP sekolah aku menggelabah kan ? sumpah aku sakit hati. aku ni punyalah baik lagi berhati mulia, kacak lagi bergaya, dia boleh aim aku bawak barang haram ? mmg macam haremmmm. dah la dia kasi barai loker aku, then tak kemas balik. kalaulah aku tau sape MPP tu, heishh. aku kasi barai balik semua barang dia. proper la sikit. kalau betul la aku ni bwk barang haram, kau biar loker aku sepah, aku redha la jugak SIKIT KOT sbb aku mmg salah. ke kau buat mcm tu sbb kau geram gilaaa nak mati sbb tak jumpa barang haram ? ehh kau menggalakkan student bwk brg haram ? haish, mcm tu ke pemimpin berwibawa ? tu namanya Majlis Pimpinan Pelajar ? haa, ambikk. ehh, bersyukur la aku tak mencarut ni. setakat cakap 'mamfus' tu apa la sangatkan kalau kau nak menggelupur jugak ;) okay, kembali cool :)

FYI , yang atas-2 ni semua aku taip kali yg kedua. internet rumah aku ni mmg nak kena caci maki. 
aku punyalah penat mengarang, dia boleh pulak ter'tak' save karangan aku kat atas ni. lepas tu laptop aku hang pulak. perghhh, sakit sakit. okay , aku bukanlah seorang yang penyabar -.-

haaa, tadi kan aku buat candy kelapa dgn mama. wuishh, sedap bai. ehh ? puasa la. tak sabar nak makan nanti ;) mesti sedap punya. see the leg la penat aku mengacau tadi. okay,  hari tu
buat kek batik, tapi dah habis. anak buah kesayangan aku tu la yg paling banyak sekali makan. haha, budak tak puasa. hurmm, okay, nanti nak buat lagi. tunggu along balik ;)

ehh, aku tak beli baju raya lagi la. entah sempat ke tak nak beli baju raya ni. hari ni dah hari khamis. eh, bape hari je lagi nak raya ? hurmmm, tak beraya la aku nampaknya :( okay, orang raya first pergi rumah sedara-mara kan ? aku dah plan raya first nanti nak pergi karaoke plus main bowling dgn along angah aku. huh, tak sabar ;) mamabah raya kat keyell dgn nenek. mcm tak kasi ikut je ? huuu, sedih. konon :p tak sabar nak karaoke :D

okay, kot kot la nanti kang nak raya, aku takde masa nak update blog. so, aku ucapkan


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAZAHIDAN BATIN

Saturday, August 11, 2012

SPM ?

assalamualaikum.

aku demam ni, sebab tu aku balik. sepatutnya hari ni batch dextrous kena pergi i'tikaf kat masjid kuala pilah. okay, maybe takde rezeki aku kot. 

haih, lama tak blogging. ketaq ketaq pulak tangan nak taip.

hurmmmmmmmmmmmmmmm, aku baru je habis ujian ogos ni. sumpah aku yakin result aku teruk gilaaa. aku target 4A je. yg lain aku target fail. wehh, kalau lulus pun aku dah gila bersyukur dahh. yg target 4A tu, target je la. dapat tu, entoh ye entoh idok nyeee -.-" ujian hari tu, selasa sampai khamis. mehh usha sikit jadual ujian ;)

selasa : B MELAYU , P SYARIAH ISLAMIAH , BIOLOGY , MODERN MATH 
rabu   : B INGGERIS , P AL-QURAN AS-SUNNAH , PHYSICS
khamis : SEJARAH , CHEMISTRY , ADD MATH , B ARAB TINGGI

nampak betapa kejamnya sekolah aku? okay, sekolah tak kejam. maksud aku, pihak pengurusan tu. satu hari, 3 4 paper. subjek 'pembunuh' pulak tu. tu yang sampai aku demam hari jumaat tu agaknya. lagi-2 malam jumaat tu, aku tertidur atas lantai sampai pagi. mau tak patah pinggang aku. okay, tak payah tunjuk sangat la yang aku ni lembik kann :DD

weiii , aku tak nak hampakan harapan mama abah aku dohh. aku tau la bukan aku je, korang pun kan kan? mana ada orang yang nak mak apak dia orang hampa. wehhh, tahun depan aku nak spm. aku ni asyik memainnnn. entah bila nak belajar nye. lepas ni NOOR EFIFAH , lelaki yang anda pernah suka suatu ketika dahulu, tidak dibenarkan sama sekali untuk bertakhta di hati anda sehinggalah anda tamat SPM last paaaaaper :) okay, aku tak berani nak janji. tapi, aku CUBA. aku nak study betul-2. mama abah pernah pesan "cari pakwe masa kat U nanti," okay mamabah ;) i'll try.

SPM ! Here I comeeeeee !

ehh ? aku datang kat dia ke , dia datang kat aku ? okay , aku mangsa , dia pemangsa -.-

Friday, July 20, 2012

selamat berpuasa

assalamualaikum wbt :)


okay, esok 1 Ramadhan 1433H. selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam :) semoga Ramadhan tahun ni lebih baik dari yang sebelum-2 ni. sama-2 kita perbanyakkan ibadah utk tambah pahala kita yg sememangnya tak banyak ni.


Friday, June 1, 2012

add math !

okay, aku betul-2 blank gilaa tak tau mcm mana nak bg jawapan add math kat kawan aku. then tiba-2 teringat blog. pun jadi laaa.

husna , ni jawapan add math soalan 15 .

log 5 p 2 = log 5 q + log 5 5
log 5 p 2 = log 5 5 q
p 2 = 5 q
p = /5q

symbols :
# 2 tu 2 kecik kat atas (squared)
# / utk square root

Tuesday, May 29, 2012

long time no update.

yoo ! what's up !

assalamualaikum :)

sumpah kali ni mmg lama gilaaaa aku tak post entry. tengok kat blog archive. skip sebulan tu. mana ada bulan april. okehh, mmg aku busy gilaa before ni. tu yg tak sempat nak update. busy dgn bomba ! daerah > negeri > kebangsaan ~ okay, bukan tu je. time bomba kebangsaan, sepatutnya mid-year exam. tapi aku postpone. mmg hancur la result aku. tengok je la nanti ;) 

# biology aku dah fail dah. yang lain? >.<

FYI, aku sarjan skrg. yeahh ! SARJAN NOOR EFIFAH BINTI AZMI ;) I likeee ! 

Okay, kami Sarjan-2 Negeri Sembilan :)
location : bukit mertajam, p. pinang


okay, aku malas nak taip sebenarnya. saje nak update. kbabaii :)

# blogspot dah lain skrg ;)

Friday, March 9, 2012

happy holiday.


last updated 6/2/12. hari ni ? 9/3/12. sebulan lebih ! warghh, lamanya ! gila rindu kat blog tersayang nihh. huh ~ 

okay bebeh, 
hari tu story pasal homework a.k.a holiday package berlambak kan ? kena bawak balik buku bertimbun-timbun. cuti kali ni, dah lain pulak ! SMAP dah maju ! tak main dah holiday package. start cuti ni, guna holiday online pulak. kena klik sini kalau nak buat homework. epiy bangga ke sekolah maju ? oh no ! totally takkkk ! poyo je sekolah tu ~ sekolah sape lah tu kan ? ontahlaa.

# kesianla kat student yg takde internet kat rumah. kalau kat cc tu, sejam seposen takpe jugak ~

pagi tadi, ada spotcheck kat sekolah. gila banyak barang haram kena rampas. tapi barang epiy tak kena pun. sbb? epiy mana bwk barang haram ni. tak bwk? ye ke? ye kott :)

balik rumah je, busy. busy pun sempat update blog? okay, jgn salah fhm. act, windows lappy ni nak kena update. epiy takut data kat dlm ni hilang. so, tengah backup file. lama pulak. tu yg update blog jd selingan tu. tapi, baju yg baru basuh tadi tak sidai lagi. bilik tak kemas lagi. esok nak gerak kuantan. jenjalan ! with my beloved mama and abah :)

# haih, bila nak sudah copy ni? :/

okay, dah malas nak taip.

HAPPY HOLIDAY ! manfaatkan cuti sambil enjoy ! buat homework ! kpaii ~

Monday, February 6, 2012

homework ?

okay, 

izinkan saya potpet sebentar sebelum saya melangkahkan kaki ke suatu tempat bagi menyiapkan kerja rumah :)

saya ..... saya ...... saya ...... ouhh BLANK ! nak cerita pe ni eh ? -.-"

hahh ! hari tu kan, time epiy tengah twittering, tiba-2 je jumpa something says [1997 THE BEST, BOOO 1996]. alahaii dik, tak payah nak Booo Booo batch orang sangatlah. remember, tahun ni awak tu nak PMR ;) what you give you'll get back :)

--------------------next topic----------------------

homework sebabun yop ! tapi, satu pun tak sentuh lagi. busy laa. nak twittering lagi, facebooking lagi, blogging, texting. kan? adoiii -.-" esok dah nak balik hostel. acano ni? such a 'good' attitude kan? yeah, amalan yg semestinya tidak boleh dijadikan tauladan ;)

ni baru separuh daripada homework yg berlambak tu -.-"

okay, lunch time. then, siapkan homework ! kpaii -.-"


# alamakk, hujan pulak. kalau tido, best ni :/


*epiy suka orang yg TALK TALK dekat Fibox epiy tu. sbb, nt senang nak usha balik ;)

Sunday, February 5, 2012

salam maulidurrasul.

assalamualaikum. hai semua :)


firstly, thanks visiting ! :)


secondly, salam maulidurrasul ! korang pergi perarakan? apa? pergi? untunglaa, dapat pahala. epiy tak pergi pun. takde orang nak bwk :( takpe la, selawat kat rumah pun boleh kan. korang selawat bebanyak tau ! 


thirdly, korang jgn lupa tengok video kat bawah ni. sedih. tak rugi pun tengok. rugi kalau korang tengok video yang tak berfaedah kat youtube tu :)




beruntungkan siapa yg pernah bermimpi berjumpa Rasulullah SAW? kita bila lagi? kalau diizinkan Allah, insyaAllah. ikhtiar kita, banyakkan ibadah dan doa. siapa tak nak jumpa Rasulullah kan?


sayang rasulullah? mestilah sayangkan? okay, jom selawat :)


صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ



يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ

haa, jgn skip baca pulak. selawat sampai habis kalau nak pahala ;) 


lastly, papaii :)

Saturday, February 4, 2012

pergi Perth, Australia.

weiii ,

epiy happy gila ni. sbb lepas raya nanti epiy pergi Perth, Australia. seronok :)

# raya lambat lg la epiy :/

excited ! first time pergi oversea. epiy pergi under sekolah. pengetua tawarkan 18 orang yg dpt 9A utk pergi sana. alhamdulillah, epiy dpt pergi. fyqa, teem, dell, pqah azhar, naqieyz, ummu pun dpt pergi gak :) tapi, kesian kwn epiy sorg ni, tqah. dia dah tulis nama pun, tapi pengetua tak bg pergi sbb nama dia ada kat list budak yg pergi indonesia :( huhu. babai tqah. kau pergi indon :(

mula-2 kan, epiy tak dpt pergi pun Perth tu. sbb list nama tu dah penuh. bak kata pengetua, "already full, not including you !" urghh! sedih gila masa tu. tapi, teem mohon kat pengetua utk spare nama epiy dgn fyqa. last-2, ktorg dpt pergi gak sbb putera ramai tak nak pergi. masa belum dpt pergi tu, call mama, kata tak confirm. mama dgn abah mengamuk. sampai nak jumpa pengetua tokkk. nasib baik dpt pergi. kalau tak, mama dah letupkan bilik pengetua tu kot. 

# alhamdulillah, kalau dah Allah izinkan, apa-2 pun boleh jadi :)

masalahnya skrg, passport tak buat lg. pengetua nak passport tu lepas cuti thaipusam maulidurrasul ni. dia kata, tempat buat passport kat n9 dgn selangor mmg tak bukak. kena pergi KL. urghhh, mengamuk abah taukk. yelah, abah kan tak sihat. so, dia mls la nak pergi KL tu. last-2, abah ckp pergi melaka. sana bukak, hari selasa. hari selasa tu dah la nak balik asrama. acano tu? :/

# terpaksa pergi jugak lah kan -.-

ktorg pergi sana hari raya aidilfitri ketiga kalau tak silap. 5 hari 4 malam. kena bayar RM 2,000. selebihnya tu, kerajaan tanggung. beraya kat oversea - jauh dari family :'/

# naqieyz lagi best. sambut birthday kat sana. perghhh ~


* aku ni mengadap facebook plus twitter plus blog 24 jam. sampai boleh terlewat solat. sepatutnya kat rumah la kena solat lagi awal. sbb tak busy. ni tak, haih -.- kalau la dekat sekolah mcm ni jugak, rasanya penuh nama Noor Efifah je dekat list lewat solat :( berubahla epiy ~

lewat gate. tension!



woahhh :) blog aku? yekkkk >,< jambu je. geli pulak aku tengok.

# tak nak mengaku suka pink sebenarnya :p


hari ni, serius ! penat gila. smlm, aku tidur pukul 2 pagi. sbb ? basuh baju, iron baju, homeworking ==' nangis-2 aku mlm tadi. tension !


# homeworking? okay, diam !


pagi tadiii ! urghhh ! first time aku lewat gate since aku masuk smap tau tak??? perghh, serabut gila doh ! ==' tapi, kira aku bernasib baik jugak lah hari ni sbb aku tak payah masuk kelas. kalau masuk kelas jugak tadi, mmg tak boleh belajar kot. nasib baik la cikgu shamsuri suruh aku key in maklumat pelajar, 4 Al-Batani. dari pukul 7.30 pagi aku start buat, pukul 12.30 tengah hari baru siap. non-stop. lama kan? penat >.<


# bersyukur tau tak sebenarnya sbb tak payah masuk kelas :p


----------------------------------------------------------------------------------------


pernah tak korang rasa korang dah banyak tolong kawan-2 korang. bila diorang sedih, korang dekatkan diri dgn diorang, dengar masalah diorang. tapi bila korang sedih, takde sape nak dekat dgn korang.


# yeah, terjadi dekat aku smlm :')


so, secara tiba-2 je aku rasa nak bagi ni :-


tak salah kita korbankan kebahagiaan kita demi kebahagiaan orang yg kita sayangi. kalau kita sedih, kita masih ada Allah tempat mengadu :')


# pengorbanan pada orang yg kita sayang merupakan satu kebahagiaan pada hakikatnya :)


time to sleep. good night. sweet dream :)




Tuesday, January 24, 2012

dah nak balik hostel.

sebelum aku balik hostel, aku nak potpet potpet jap.


tadi aku usha-2 entry lama kat blog aku ni. alahaiii, bosannya la blog aku ni ==' maybe aku ni mmg takde bakat menaip kot. untunglah, kalau aku ni pandai nak buat ayat best-2 kan >,<


# manusia mmg tak reti bersyukur.


lagi satu, aku jealous tengok blog orang cute , smart -.-'


# yeah , manusia mmg tak reti bersyukur.




----------------------------------------------------------------------------------------------


# aku dah ada twitter dohh. mmg aku tunggu naik upper form baru nak buat twitter. [twitter epiy]

ehh, aku dah form 4. tua dah aku ni. dah pakai kain hitam pun kat sekolah. alahaii, kak epiy. ingatkan, best sangatlah jadi form 4. dah senior. kenyataannya, form 3 adalah tahun yang paling best bagi aku. rindu gila jadi form 3. form 3, tahun sukaduka :')


form 4, homework berlambak siot. hari isnin minggu kedua sekolah, semua subjek ada homework. gila ckp kau. terpaksalah aku stay up malam tu. 


form 4, aku ambik aliran science siot! CHEMISTRY, PHYSICS, BIOLOGY! arghh. aku tak jadi ambik account. kadang-2 aku rasa, mcm aku ni manusia yg takde masa depan.


# yeah, mmg bagus aku ambik aliran yg aku tak minat :) 


add math? perghhh, 'senang' gila kot. sampai nangis-2 aku dibuatnya. satu hari, homework add math je, dah berlambak soalan. dua tiga soalan je yg aku boleh jwb. mana tak nangis :'(


# subject lain-2 tak payah citer la. insyaAllah, awal-2 ni okay lagi.


petang ni dah nak balik hostel. untunglah sape yg cuti seminggu tu. sekolah aku, serious KEDEKUT CUTI ! aku kena balik sekolah dgn homework yg tak siap. PADAN MUKA kat aku kalau cikgu marah :))


# dgn bangganya aku kata, aku PKT yg paling tak berwibawa :)


okay, gonna go. insyaAllah, aku balik maulidurrasul ni. papaiii :)


# jgn rindu aku :p

Sunday, January 22, 2012

Welcome January.

assalamualaikum, do really miss my blog :')

dah lama tak update ;) last updated 22/12/2011. hari ni 22/01/2012. setahun sebulan kot :/

# saya duduk asrama. tak dapek do nak update hari-2 :) act, banyak story ni. tp taktau nak mula yg mana dulu :)

okay, nak mula dgn sedih dulu ;(

# sedih dulu, baru happy happy :((:

sedih, epiy tersangatlah bengang pasal shoutbox tu. k, act dah lama tau pasal shoutbox berbayar tu baru boleh active. tp sayang kot semua shouting kat dlm shoutbox tu. since account kedua ni active, epiy guna shoutbox tu. balik je dari asrama jumaat hari tu, tengok-2 semua shout dah hilang. mangaii ! sakitnya hati, tuhan je yg tau. terpaksa la guna cbox yg mcm tuut tuut tu. haih -.-'

lagi satu kisah sedih.

sedih, epiy bengang gila dgn someone ni. sakit je hati dgn dia. sbb ape? sbb dia over ! urghh, mengganggu ketenteraman awam 24 jam. satu hari tak kacau org, mmg tak sah kot hidup dia. epiy layan je just nak be sporting. kalau epiy layan, tak bermakna epiy suka dia kan? yeahh, SAYA TAK SUKA DIA. tapi, bila balik rumah, dua tiga org text tanya epiy ada pape ke dgn dia. mcm SIOT kan? perghh, sakit hati kot. then, dia buat perangai pulak dekat FB. pasal kawin. arghh, mls nak citer. rasa nak carut-2 je kat dia. dia dah tersangat over ! taktau nak buat camne =='

----------------------------close topic----------------------------------------

now happy as my name :)

yeah, happy sbb dapat hadiah PMR :) 

jyeahh, i got a galaxy tab 7" on 27/12/2012. gift from abah mama. thanks abah mama <3 

then, i got a cute teddy bear and a koala from someone on 20/01/2012. *blushing*

# epiy tak mintak, dia yang bagi :) (k, tak perlu mention nama dia)

tak jelas? click je kat gambar :)

offline, k baii :)




Daisypath Anniversary tickers
Efy Eezad Officially Blogspot © 2014