Unborn 8.0 Pink Pointer

Monday, December 16, 2013

Balik kampung (13/12)

Anda merokok ? Ada family merokok ? Haa rokok tak sah apa tu ? klik sini

Rindu pulak rumah ni :/ Haritu lepak rumah along khamis-jumaat. Tu pun along kerja, aku duduk rumah study buku undang-2. Malam keluar la jalan-2 sekejap. By the way, exam undang-2 rabu ni (18/12). Lahaiii agak-2 pass tak ? Cuak pulak -,-'

Jumaat tu plan nak balik rembau, tapi singgah TTJ kejap. Sebelum sampai TTJ tu pergi beli ikan gapi, 2 couple. Comel jee :D Kat rembau, nenek tak kasi perut ni rehat langsung. Lepas makan, makan. Lepas tu makan lagi. Lepasss tuu makan. K nampak berapa banyak kali makan ? Dari malam sabtu sampai malam tadi aku tidur tak lena sbb kena pergi toilet manjang :( Makan nasi dgn tempoyak, lepas tu makan pengat durian, malam makan durian lagi. Perghh mmg gembira la toilet tu panggil aku banyak kali xD 

Dapat pulak nenek kaki merayap. Tak dapat aku menikmati suasana kampung. Aku rasa kalau lama sikit kat kampung tu, travel satu negeri sembilan ni tak pelik dah :D Haa semalam aku, along dgn atok pergi petik rambutan kat belakang rumah. Sebelum kitorang datang tu, ada pulak kerbau-2 yg comel nak makan rambutan tu. Atok tempik je, terus lari. Tapi masa aku panjat tangga nak petik, ada sekor tu datang balik, pandang daring je. Taktau la kot dia ada hati nak ngorat aku. Hahaha xD Tapi aku rasa dia nak ngorat along la. Huru-hara jugak masa tu sbb aku dgn along takut kerbau tu sondol. Atok gelak je. Bila dah masuk rumah, kerbau tu pandang je kitorang sambil kembang-2 hidung. Hahaha comel pulak. Berdendam agaknya sbb kitorang dah rembat rambutan tu xD

Lepas asar tadi gerak balik TTJ. Along drop aku, dia nak balik putrajaya. Bosannn gilaa ni. Internet ni pulak macam biasa, cari gaduuuhh -,- Nak keluar dgn kengkawan, pokai dah ni. Dating dgn abah je la hari-2 :D Paling sedih, ikan gapi aku yang jantan tu dua-2 ekor dah mati. Baru bina masjid, dah janda dah ikan-2 betina tu. Jangan yg balu-2 tu mati kemurungan sudah. Tak pasal aku yang murung nanti :'( Aku pun mengong, tak letak anti-klorin dalam air tu. Mana tak mati cik ikan.



Mr. E, I miss you :(

Tuesday, December 10, 2013

Hari Pertama di Cott.

Korang dah makan KFC yang bawah RM10 tu ? #SoGood cuba klik sini

Tadi dengar ceramah undang-2 lima jam tu. Ehh lima jam ke ? Entah. Aku rasa takde la sampai lima jam pun. Termasuk mula pendaftaran sekali kot. Kak hazie (instructor) tu ambik aku pukul 7.40 am kat rumah. Gila ramai orang kat cott. Beratur punya beratur punya beratur, 10.30 am baru start ceramah kpp. Lama kan ? Nasib baikla bawak broadband masuk poket. Takde la menganga je sensorang time beratur tu. Kat sana, ramai kawan lama aku jumpa. Tapi kesian, semua tak kenal aku. Hahahaha xD Dah yang aku jumpa tu kawan sekolah rendah. Ditakdirkan pulak aku ni senang ingat orang =,= Cerita nak gempak je kau ni efy, padahal tiga orang je kau jumpa.

Serius mengantuk gila time ceramah tu. Penceramah tu buat lawak boleh tahan, tapi aku punya mengantuk lagi tak boleh tahan xD Aku tak tidur pun ! Kenapa ? Sebabnya....kiri kanan depan belakang, penjuru kanan, penjuru kiri semua lelaki. Gila -.- Dorang masuk lambat. Dah aku pulak dikepungnya. Haiyaa. Nasib baik aku ni tak cute, lepas tu takde auraa pulak. Takde la kena kacau. Wakaka xD

Waktu rehat tu aku makan roti dgn air soya je. Dah la pagi tu tak makan pape. Alahaii sedih. Ramai gila orang beli nasi. Bagi rehat 20 minit je. Perghh macam kat sekolah. Aku sanggup lagi la berlapar :'/ Hmmm ikan keli tu takde rezeki nak masuk perut aku :(

Balik tu aku, radi dgn ada sorang budak lelaki (tak sempat pulak nak berkenalan) pakcik ramli hantar balik. Pakcik ? Atok sebenarnya. Masa dlm kereta, dia tanya siapa duduk pinggiran senawang ? Radi la. Lepas tu dia tanya budak lelaki tu pulak. Budak tu duduk kat najihah. Ehh dia ni, tak nak tanya aku ke ? =,= Macam la tahu rumah aku kat mana. Dah hantar dua-2 orang tu, dia hantar aku betul-2 depan gate rumah. Ehh ? Mana tau ? Hahaha xD Kawan abah rupanya. Adoyai, pakcik pakcik. Tak cakap awal-2 xD Kan dah kena kutuk dalam hati :p Mintak maaaaap ye pacciiik.

Lupa nak cakap, radi tu kawan baru aku kat cott tadi. Baik, sopan, alim je. Tak macam aku, jalan pun macam nak gaduh xD Nice to meet you radi ;)

Monday, December 9, 2013

Kajang ? Dejavu ?

Pernah dengar sindiket rokok jenama John ? klik sini. Macam best je :)

Huh, first time dah petang macam ni baru online. Biasanya pagi-2 dah menghadap dah. Harini busyyyyy sangat. Nampak busy dia tu ? Pagi tadi, ikut mama dgn abah pergi kajang. Abah nak tengok baby mers tu. Alaaa yg A160 dgn A170 tu. Taktau ? google la nanti. Baca dulu sampai habis. Comel kot. Tapi aku tak minat sangat la. Ehh kisah pulak, takde rasanya abah tanya pendapat kau efy. Bukan beli untuk kau >.< Pape pun aku nak mini cooper. Ala seratus dua puluh ribu je. Je ? macam banyak je duit -,- Nak beli aiskrim singgit pun mintak duit kat mama :p

Lagi satu, kenapa aku rasa aku tak pernah tengok kajang tu ? Macam first time. Tapi rasa macam pernah jejak. Ehh entah. Nak kata dejavu, dejavu tu org yg rasa dia pernah lalui sesuatu situasi tu kan ? Aku ni terbalik pulak, dajuve kot. Entahla =,=

Tadi kemas kertas-2 SPM. Uissshh, banyak gila. Mesti kembang-2 hidung apek surat khabar lama tu tengok nanti xD Tu pun tak habis kemas lagi. Kalau dah habis nanti, taktau la. Bilik aku ni takyah cakap la macam tongkang pecah dia. Teruk betul perangai. Dah seminggu kau cuti efy, bila la nak kemas ==' Tapi aku rasa aku dah cukup rajin kat rumah sekarang ni. Lalalala, haha poyo.

Hmmm, memikirkan pasal esok. Mesti aku tak update malam ni. Kalau aku stay up jugak, memang selamat malam la penceramah esok. Mesti boringgg gila -.-

Dah, macam biasa nak jalan-2 makan angin. Kbai :)

Jangan lupa klik sini

Sunday, December 8, 2013

Balik kampung.

Haaa, sebelum baca, cuba klik sini dulu :)

Mengantuk =,='

Tadi balik kampung sekejap ikut along. Alahai sungai gadut dengan rembau berapa jengkal sangat la. Setelah sekian lama aku tak jumpa along since raya aidilfitri haritu. Sumpah rindu dohh. Hmmm, masa pergi takde pulak jemm. Tang nak balik tu, gila jem. Semua gara-2 traffic light kat KTM sungai gadut tu. Okay tak nak komen lebih-2. kang tak pasal-2 masuk paper ;)

Baru sampai rumah ni, pukul 10 tadi. Sebelum tu teman along pergi pam tayar kereta. Perghh, banyak gila stesen minyak berhenti. Semuanya, "harap maaf, sedang dibaiki". apak diaa ==' Baru je ingat nak tolong tiup tayar tu. Nasib baik ada petronas dekat dgn giant senawang tu :p K bajet bagus ah kau efy.

Ikutkan hati nak ikut along balik putrajaya malam ni. Tapi hari selasa dah start amik lesen. So, lepas-2 tu lah kan aku naik putrajaya. Tadi nenek ajak tidur kampung. Heee, takpe lah nek. Aku sorang-2 je. Boring nanti. Along dah la kerja esok. Jumaat adik balik tidur kampung ye nek ;) *macam la nenek kisah kau*

Haa, tadi nenek cerita pasal budak perempuan yang sewa rumah nenek kat sebelah tu. Perghh malas la nak sebut budak sekolah mana. Macam haram perangai dia. Dia boleh bawak masuk rumah budak lelaki, minum bagai. Lepastu mak dia backup-2 anak dia. gila apa ==" nenek halau dah pun budak tu. Padan muka hangg. Buat langsi pulak kat kampung aku =,= *bajet otai kau efy*

Mengantuk ni, serius. Aku taktau apa plan mama dgn abah esok. Sbb esok mama last cuti. Kang tak pasal kena tazkirah sbb bangun lambat. Tidur awal sikit malam ni. Selamat malam.

Jangan marah aa, yang saya suruh klik atas tadi tu. Belajar dari blog orang. Cuba klik lagi sekali ;)

Churp Churp.

Hmmm tension =='

Aku baru je sign up churp churp tadi. Tak tak. Sebenarnya aku guna account twitter. Pening kepala wehh. Nak nangiiiisss :'( Aku taktau macamana nak apply churp churp tu. Macam-2 tutorial dah cari. Tapi takde pulak yang buat tutorial the latest kot. Sbb apa yg diorang ajar tak sama pulak aku tengok dgn apa yg ada kat dalam churp churp tu. Dah berubah maybe. Lagi-2 nak iklankan churp churp dekat blog. Anyone yg pro ? Buat tutorial baru please ? Orang cakap cara apply churp churp senang, tapi aku buat susah apa hekk nye ni -,- banyak dosa kot aku. Sekarang dah pukul 1 pagi, aku still tension dengan churp churp ni. Adoyai.

Dah-2, takmo aa tension-2.

Yeaaa, hari ni followers meningkat. Terima kasih followers baru. Ada jugak orang yang nak bazirkan luangkan masa kat sini :') Takde la anai-2 makan blog aku yg comel ni. 

K la, aku rasa aku tak reti macam mana nak menaip dengan betul malam ni *boleh pulak*. Tidur dulu aa. Good Night.

Saturday, December 7, 2013

Blogger Kembali Aktif

Niat di hati nak kembali aktif berblogging. In Sha Allah kalau takde apa-2 halangan *apahal ayat kau macam nak masuk minang* Yelah, dulu busy dekat sekolah. Duduk asrama, jarang balik. Jarang la sangat~ Tak, maksud aku jarang online. Macam la dulu kau aktif sangat. Entry pun tak banyak. Puii -.-

Okay, first of all kembali aktif dalam Kelab Blogger untuk cari pembaca + penyokong blog yang setia ;) kalau awak orang tu, terima kasih ;) kalau dulu ada pun, mesti dah berpaling tadah. Sebab aku tak update. Bapak perasan gila kau efy. Yo yo je ada. Lepas tu nak rajin blogwalking. Jalan-2 makan angin. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Kan ?

Haa, SPM tak jadi repeat. Expected ? Hmm. Dah cakap kan haritu, tak rasa pape punn. So, selamat tinggal buku-2 SPM. Ni baru je siap asingkan buku-2 yang nak dijual dekat adik-2 comel budak sekolah dengan apek surat khabar lama. Rasa macam tak banyak pulak buku-2 tu. Hari tu poyo je kata boleh bukak kedai =,= HAHA. Act, ada lagi buku dekat rumah lama. Nanti ada masa aku pergi amik ;) Buku-2 PMR dulu, SPM angah ape bagai. Ehh banyak la jugak kan :D

Sekarang kita stop dulu. Solat maghrib jum ? Lepas tu aku nak tunaikan janji jalan-2 kat blog orang. Dah berjela-jela orang tinggalkan link kat kelab tu ;)  Nak ikut ? Jom !

Edit blog entah kali keberapa.

Bila usha balik entry lama, banyak lak aihh post story. Takde cerita sendiri ke kau efy ? :D Tapi dah 'revert to draft' dah. Segan woi =,= Entry lama pun nak draft, tapi mcm sayang pulak, tak matured lagi masa tu. *matured sangat ke kau sekarang*

Penat wehh edit blog. Start pukul 10.00 malam tadi. sekarang pukul 2.10 pagi. Bayangkanlah -,-' Mana taknyee, dah lama gila tinggalkan template, guna blogskins. Haa kau, terkangkang nak edit balik.

Ni la rupa blog sebelum ni,


Comel ? Tu lahh terpaksa tukar. Banyak SPAM. Bukti ? baca kat shoutbox. Merepek je semua =,=

Blog ni tak habis edit lagi. Nantilah sambung, tak tidur aku kangg.

K nak tidur. Esok nak jalan-2 :)

By the way, aku start ambik lesen kereta hari selasa minggu depan ;)

Good night.

Wednesday, December 4, 2013

Lepasan SPM

Plan banyak gila sementara tunggu result SPM keluar. Macam orang lain jugak, papehal pergi ambik lesen kereta dulu. Motor tak ambik kot. Mama Abah tak kasi :'/ tapi tak kisah punnn. Abah dah daftarkan, nanti lepas seminggu dua baru start. Nak relax dulu. Barang bawak balik dari asrama pun berlambak tak kemas lagi. Baru basuh baju-2 je semalam. Tu pun tak sidai lagi, sebab tak cukup space :p Lagi-2 hujan, sejuk macam kat england. ayoyo bila nak kering -.-

Nanti ada masa aku nak edit balik blog ni. Taknak pakai blogskin dah. Banyak gila spam kot. Menyampah ==' Sekarang ada je masa, tapiiii kuota internet aku dah habiskan :p So, lembab gila lah ni. Bukan buat benda salah punn. Semalam upload documents masuk google drive je. Takut la apa-2 jadi kat laptop ni, ada backup. Nak beli hard disk, tak mampu. Google drive pun jalan laa~ Disebabkan aku gian sangat nak update blog, so lantaklah. Slow pun slow lah. Aku tunggu. Act, aku nak update semalam. Tapi disebabkan account google drive dengan blog tak sama, terpaksalah mengalah. Lama okay nak transfer documents masuk google drive. Start pukul 11 malam tadi, balik breakfast tadi pukul 10 baru siap. Tu pun tak off langsung laptop dengan broadband since malam tadi. Mana tak habis kuota :p

Lepas dah edit blog nanti, aku nak promote buku-2 PMR dan SPM aku. Kalau kira jumlah buku-2 tu, perghh dah boleh bukak kedai kecik dah dekat uptown xD Tapi mana pulak nak cekau modal =.= Yang adik-2 bakal form 1 sampai form 5 tahun 2014 tu, nanti jangan lupa jenguk-2 la blog akak efy ni lebih kurang 2 minggu dari sekarang. Lambat sikit lah kot nak start jual. Sebab list tak buat lagi. Nanti In Sha Allah inform kat facebook dan twitter. Dan nak confirm kan dulu sama ada jadi repeat atau tak paper SPM ni. Selalunya tak kan ? Tapi taktau la :'/ By the way, taktau la nak gembira ke sedih kalau kena repeat pun. Mungkin tak kisah sebenarnya.

Cerita pun banyak nak cerita. Tapi tunggulah nanti ada masa. Sekarang nak sambung kemas bilik. Esok gerak terengganu kalau banjir surut kat pahang. In Sha Allah stay di Hotel Seri Malaysia Marang. Bertiga je dengan Mama Abah. Doakan kitorang sampai sana dengan selamat. Aku nak release tension habis SPM ni. At the same time, boleh laksanakan matlamat aku guna wifi hotel ;)
Daisypath Anniversary tickers
Efy Eezad Officially Blogspot © 2014