Unborn 8.0 Pink Pointer

Thursday, December 30, 2010

PMR PMR PMR.

Lama tak update blog. tak sihat la. demam dgn infection kat pinggang. tah la. maybe sbb fikir dah nak balik hostel kot. ohmygosh :'( kalau boleh tak nak balik sana. sana tak de ape yg best . kalau boleh, nak duduk rumah je. but , next year PMR. so , TERPAKSA bersemangat jugak. next year dah tak dpt balik selalu mcm this year. should focus on study. mesti penat kan? tak pe la, dah dua tahun enjoy.  cuma perlu korbankan 10 bulan je lg. tak sampai one year pun kan? 
boleh main-2 sampai two year, tak kan study tak boleh cuma utk 10 bulan kan? next year ada la tahun yg paling DIFFICULT bg saya, sbb saya kena buad revision form 1&2. agak kesal juge, two year ni tak guna sebaiknya ;(


doakan saya...
...NOOR EFIFAH dpt 9A PMR ;)
...NOOR EFIFAH cepat sembuh ;)
...NOOR EFIFAH tak sakit pinggang lg ;)
...NOOR EFIFAH cool je time na balek SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN LABU nt ;)
...NOOR EFIFAH jd budak baik ;) (really hope this)


k , just that .
t0 frontage'95 n all batch'95 , congrats ;)
t0 dextrous'96 n all batch'96 , good luck ! straight A's okay ;)


9A PMR!!

Amiiinnn ;)

Sunday, December 26, 2010

hari ini dan semalam.

gerak dari putrajaya pagi tadi. ni baru sampai s'ban.

0ops, assalamualaikum :) (baik jwb, dosa kangg)


sampai seremban je, tak sempat nak rehat. kena tolong angah kemas bilik dia yang mcm tongkang tu. ni pun dpt rehat kejap sbb mama suruh dia keluar pergi kedai. huu, pening kepalo doh tengok bilik dia. dgn paper spm bagai. paper dia je, dah menimbun. ni dia terbawak balik pulak paper member dia. mau tak membebel den. adoyai, rasa nak demam -.-


semalam, breakfast kat putrajaya. farieyna terlompat-lompat mcm budak hyper. sekali terjatuh. baru nak melalak. tu la, suruh duduk diam-2 tak nak :p teruk jugak luka kat kaki dgn tangan anak buah kesayangan den tu sbb tergesel kat batu jalan ==' dah dia nangis-2 tu, ajak gi alamanda. baru la dia sihat. HAHA :DD


pastu kitorang pun gi la alamanda. alo, pergi carrefour je ;) lepas tu cari beg sekolah. sekali berkenan beg tropicana. lawa sioott. mula-2 ambik pink. pastu tengok mcm striking sangat. ambik colour gold :D


then, pergi pulak cavenzi. cari sofa umah along. kat cavenzi, along tak berkenan kot. so, pergi cari kat kedai lain. kedai ape entah. sekali jadi beli. sofa L. cantik cantik ;)


pastu, baru balik umah along. penat kott. sampai je, tak boleh rehat. kena buat nasik lemak pulak. bila dah siap, semua bantai tido. adoyaii, bila nak makan ni oi. lapar lapar :( dah semua orang tido, den tido la sekali. bangun-2 je, sofa dah sampai :)


petang pukul 6, keluar round dgn along naik satria dia.

malam takde dinner best. mkn cekatak (cekodok) je. lepas mkn, keluar jalan-2 sampai seri kembangan :)

THE END.


#ishh, tak dpt nak bebel lama-2. angah dah balik. nak kena sambung kemas bilik dia. boboiboy :)

Wednesday, December 22, 2010

7 tanda-tanda anda menghidap kanser.

Hollo, Holla, Hello :)
haisshh, internet gila la skrg ni. tak tau nape. 1,2,3 hari ni asyik problem je line :(


_________________________________


nak story sikit.
pagi td , teman angah g klinik. klinik kesihatan kat ampangan tu. angah jumpa doktor sbb telinga dia nape entah. fy pun duduk kat luar sorang-2. nasib baik masa tu abg eezad call. kalau tak mesti boring gila. dah la lama. fy kata ape tadi abg? nak belasah abg? cam goodgood je kan nak belasah abg? harus la tak berani :p


tiba-2 fy ternampak satu info kat dinding klinik tu. tajuk dia 7 tanda-2 kanser. hayaiiii, berminat pulak nak baca n salin :D


~ 7 tanda-tanda anda menghidap kanser ~
1. perubahan tabiat membuang air besar/kecil.
2. luka yg tak sembuh.
3. pendarahan/lelehan luar biasa pada mana-2 bahagian tubuh.
4. ketulan pada payudara/bahagian lain.
5. perubahan warna/bentuk pada tahi lalat/ketuat.
6. batuk berpanjangan melebihi 2 minggu.
7. masalah penghadaman/kesukaran menelan.


k, just nak share dgn readers. kalau ada tanda-2 tu. cepat-2 la jumpa doktor ye.


#mencegah lebih baik dari mengubati :)
________________________________


itu saje slot saya untuk hari ini :D


basuh baju, kemas rumah,
renung-renungkanlah.


SELAMAT BERAMAL :D

Tuesday, December 21, 2010

saya gila saya gila.

yesss, DONE edit ! HAHA, suka update blog dgn entry entah pape. blog skrg horror then before kan kan kan? ada siapa-2 kisah ye? saya suka saya suka.

________________________________________________________


kak ummi ! anda didapati bersalah ! 'dia' sudah salah fhm pasal abg ganu n melaka. nasib baik tak gaduh. tapi saya tau dia jealous. HAHA :p jangan mara k kak ummi. boring ni. tak tau nak bebel ape. tp tangan ni gatal pulak nak taip.

SAYANGKAMUlasys <33

gile-gile-gile<333

p/s : 
1. charger sony saya dah hilang. so , ada siapa-2 nak bg pnjam?
2. abg saya otw dpt lesen kete ! bestbest ! :D
3. saya lapar. tak mkn lg. :(
4. layan cter AFIQ RAMADAN :DD
5. ILOVEYOUsayang!! *gedik kan ? :p


babaii ~ 

Monday, December 20, 2010

mood dah okay.

okay, saya dah kembali normal.


pagi pukul 10 pagi, dah kuar. teman. along pergi klinik, mahkamah, court mammoth bagai.


balik umah je, along ajak masuk tomyam. alahaii. okaayy. (padahal sakit kepala gila babeng masa tu). lepas masak, tak mkn pun. sbb nak tido. sakit kepalo la.


dah pukul 5 baru bangun. target nak bangun pukul 3, dah tak sedar nak buat camne an :'(


tu je la, saje nak update :)


p/s : sengal kan sengal kan ? tah pape entry ni :p


ILOVEYOUsayang..

Friday, December 17, 2010

benci !

Benci Benci Benci ! problem asyik datang, datang, datang ! stop la datang kat fy ! gi la dekat orang lain pulak ! satu problem pun tak selesai, yg lain terus datang n datang ! ada orang yang fy sayang, tak percayakan diri ni. kadang-2 tu rasa apa tau? feel like killing myself. nasib baik waras lagi. arghh, rasa mcm nak carut. I never expected that there's anyone will understand me :(

SAYA MENGARUT MENGARUT =='



ABAH n MAMA , I'm sorry. I cant be a good daughter.

Along dan Angah , I'm not a good sister.

FORGIVE ME !
saya sayang awak semua !

# bad mood >.<


*CRAZY*

siapa meninggal?

okay, saya dah tau ayah siapa meninggal :(


dia adalah kawan saya, adam.
yeah. my classmate.


adam,
banyak bersabar k. jangan sedih-2. takziah. teruskan hidup ! 9A PMR waiting ! :'D

Thursday, December 16, 2010

Benci rasa mcm nie.

tak suka ! nape asyik nangis sbb dia? stop la fy ! dia nak fy ikut cara dia ! fy syg dia kan? so, ikut ckp dia. fy boleh. sampai bila nak mcm ni? fy syg dia. ape yg patut fy buat? nape dia tak pernah caye fy? fy blank right now. mungkin sbb tengah serabut. nway, fy cuma nak dia tau, fy syg dia sangat-2 ! please dear, trust me. fy penat rasa mcm ni sayang.

baca sampai habis kalau nak jadi wanita solehah.

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1 000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.


5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya akan dapat satu pahala daripada tiap-2 titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-2 pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-2 di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.

Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.



tambahan : Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.

Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail.

Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?

Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.

Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-2 kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan, etc.

Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan;
Januari 1992.

5S Tips Kekal Segar.

Anda mengalami masalah mengantuk di waktu pagi?
Rasulullah s.a.w. tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah s.w.t. memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi:

"Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi."

Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh. Disebutkan ulama bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yang berjaga malam untuk qiam dan sebagainya.

Ada tips yang boleh diamalkan jika kita mahu kekal berjaga pada waktu pagi. 
Tips ini saya dapat dari ayah sahabat saya. Mari kita amalkan 5S ini :

01.Subuh
Jangan tinggal solat Subuh bagi yang boleh melaksanakannya. Dan lebih elok, sambung dengan bacaan Ma'thurat atau al-Quran.

02.Senaman
Buatlah senaman yang ringan dalam rumah, kalau rajin, berjoging di luar rumah. Jalan kaki juga dikira senaman.

03.Sembang
Rupanya borak-2 pun boleh hilangkan mengantuk. Selalu juga buat kalau ada sahabat yang turut tidak tidur lepas subuh. Tapi jangan sembang benda-2 yang lagha. nanti pagi-2 sudah kumpul dosa. Nauzubillah.

04.Sapu rumah
Betul, kalau tidak percaya, cubalah. Ini juga salah satu senaman.

05.Selesai atau Sempurna
Pastikan semua yang kita buat tu semuanya selesai. Yelah, nak hilangkan mengantuk, kita pun pergi la cari penyapu nak sapu rumah, tapi tidak sampai 3 minit, kita sudah masuk tidur balik sebab tak tahan mengantuk sangat.

Kesimpulannya, tips 5S ini perlulah dilaksanakan dengan sempurna supaya ia betul-2berkesan.

Dan bagi saya, ada dua S yang saya buat untuk hilangkan mengantuk dan tidak tidur lepas subuh.

Pertama, segarkan diri (mandi), bila tubuh dah segar secara tak langsung, rasa semangat, tidak banyak pun sikit.

Kedua, study/siapkan kerja yang tidak siap. Masa ni la saya ambil peluang selesaikan tugasan yang pensyarah bagi sebab malam selalunya saya tidur awal.


okay, renung-renungkan, selamat beramal !

p/s : jika ingin wajah berseri ataupun awet muda, jangan amal tidur lepas Subuh ye :D

Monday, December 13, 2010

betul ke?

betul ke?


aku baru je dapat tau, ada sorang ayah budak batch aku meninggal. tapi tak tau sape. hadoiii. nak tanya sape ni. yang aku tanya, taktau pulak. terkejut nii.

nway, takziah untuk 'dia' dan family. al-fatihah.

Wednesday, December 1, 2010

Welcome december.

Hollalalala :)


Cuma nak bgtwu, hari ni 1st december. so, happy new month :) tu je. hambar kan hambar kan ?


sekian. muah muah :)
Daisypath Anniversary tickers
Efy Eezad Officially Blogspot © 2014