Unborn 8.0 Pink Pointer

Friday, August 24, 2012

kat australia.

HELLO MALAYSIA !

okay , poyo. aku reti bagi salam laa ! ASSALAMUALAIKUM :)

dah lama gila 2 hari aku tinggalkan malaysia. aku tak rindu malaysia. seriously, australia best ! sekarang penghujung winter, sejuk gilaaa ! malam - pagi 4 degree , siang 10 degree. lebih kurang laa. sejuuuuuuk ! okay batak -.- #orang tak pernah pergi oversea kann ;)

haha, okay aku gatal nak update. semalam pergi cc, 1 dollar 20 minit. mahal siott. hari ni baru tau boleh guna pc kat lobby ni. FOC ! rugi jehh. ehh, aku tak habis journey lagi laa ! esok nak pergi chocolate factory. balik malaysia nanti, aku update dgn gambar sekali tau ! tadi nak upload gambar. tapiiii, aku tak jumpa mana nak cucuk memory card ==' mmg takde kott.

# aku dah buat pc lobby hotel ni mcm pc sendiri dah !

k out. baii !

Sunday, August 19, 2012

esok raya.



haaaa, esok raya. yeaaa, aku dah beli baju raya dah tadi. esok nak raya, hari ni baru beli. okay, aku tau aku power, dah diam ;)

weihh, aku jumpa ramai gila manusia yang aku kenal kat term hari ni dgn smlm. major budak SMAP pulak tu. tapi, biasalah aku. for sure aku akan buat-2 tak nampak je. okay, aku mmg tak rajin bab-2 tegur orang ni. seramai-ramai umat yg aku jumpa tu, aku cuma tegur ujey dgn kak fawa je. tu pun sbb dia orang dah tegur aku dulu. lepas tu, boleh pulak jumpa anak cikgu eshah. okay la, aku tegur. dia bukan budak SMAP. hahaha. okay sengal. hee SMAPian, jgn marah -.-


AUSTRALIA

raya keempat aku gerak sana. adeii. act, aku mcm takde mood je nak pergi. maybe sbb raya kot. balik je dari sana, dah terus kena pergi sekolah. nampak betapa kejamnya pengetua sekolah aku? dushh. please la bagi aku cuti sehari dua.

# aku cerita dekat amir pasal ketidaksemangatan aku. amir kata, buang ketidaksemangatan tu jauh jauh. ambik semangat baru. haih, acano? -.-

wei, esok raya wei. tangan aku ni gatal je nak meng'update'. silap-2 esok kangg tak bangun pulak aku. so, gonna go. aku ngantuk ni. kbaii -.- selamat hari raya :)

Thursday, August 16, 2012

selamat hari raya.


hujan tu kat luar, Allahumma sayyiban nafi'an.
baru je ingat nak meraban kat twitter tadi. internet pulak tetiba slow. taknak bg aku online letteww. so, aku ambik keputusan utk update blog :)

okay, firstly aku nak kutuk facebook sikit. bukan, nak kutuk Mark Zuckerberg sebenarnya. tak lama lagi, Mark akan tukar semua profile jadi timeline kan? haih, Mark. kau tak pernah puas dgn rupa profile page tu. org suka yg lama, kau tukar jadi baru. org suka baru, kau tukar jadi timeline. haih, skrg kau tengah autochange profile org kan? aku tak kena lagi, tak lama lagi insyaAllah la jadi timeline profile aku tu -,-' 

# gaya macam Mark Zuckerberg baca je blog aku ni. kalau dia baca pun, mesti kena google translate punya ;)

siapa baca status fb aku ?


okay, MPP sekolah aku menggelabah kan ? sumpah aku sakit hati. aku ni punyalah baik lagi berhati mulia, kacak lagi bergaya, dia boleh aim aku bawak barang haram ? mmg macam haremmmm. dah la dia kasi barai loker aku, then tak kemas balik. kalaulah aku tau sape MPP tu, heishh. aku kasi barai balik semua barang dia. proper la sikit. kalau betul la aku ni bwk barang haram, kau biar loker aku sepah, aku redha la jugak SIKIT KOT sbb aku mmg salah. ke kau buat mcm tu sbb kau geram gilaaa nak mati sbb tak jumpa barang haram ? ehh kau menggalakkan student bwk brg haram ? haish, mcm tu ke pemimpin berwibawa ? tu namanya Majlis Pimpinan Pelajar ? haa, ambikk. ehh, bersyukur la aku tak mencarut ni. setakat cakap 'mamfus' tu apa la sangatkan kalau kau nak menggelupur jugak ;) okay, kembali cool :)

FYI , yang atas-2 ni semua aku taip kali yg kedua. internet rumah aku ni mmg nak kena caci maki. 
aku punyalah penat mengarang, dia boleh pulak ter'tak' save karangan aku kat atas ni. lepas tu laptop aku hang pulak. perghhh, sakit sakit. okay , aku bukanlah seorang yang penyabar -.-

haaa, tadi kan aku buat candy kelapa dgn mama. wuishh, sedap bai. ehh ? puasa la. tak sabar nak makan nanti ;) mesti sedap punya. see the leg la penat aku mengacau tadi. okay,  hari tu
buat kek batik, tapi dah habis. anak buah kesayangan aku tu la yg paling banyak sekali makan. haha, budak tak puasa. hurmm, okay, nanti nak buat lagi. tunggu along balik ;)

ehh, aku tak beli baju raya lagi la. entah sempat ke tak nak beli baju raya ni. hari ni dah hari khamis. eh, bape hari je lagi nak raya ? hurmmm, tak beraya la aku nampaknya :( okay, orang raya first pergi rumah sedara-mara kan ? aku dah plan raya first nanti nak pergi karaoke plus main bowling dgn along angah aku. huh, tak sabar ;) mamabah raya kat keyell dgn nenek. mcm tak kasi ikut je ? huuu, sedih. konon :p tak sabar nak karaoke :D

okay, kot kot la nanti kang nak raya, aku takde masa nak update blog. so, aku ucapkan


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAZAHIDAN BATIN

Saturday, August 11, 2012

SPM ?

assalamualaikum.

aku demam ni, sebab tu aku balik. sepatutnya hari ni batch dextrous kena pergi i'tikaf kat masjid kuala pilah. okay, maybe takde rezeki aku kot. 

haih, lama tak blogging. ketaq ketaq pulak tangan nak taip.

hurmmmmmmmmmmmmmmm, aku baru je habis ujian ogos ni. sumpah aku yakin result aku teruk gilaaa. aku target 4A je. yg lain aku target fail. wehh, kalau lulus pun aku dah gila bersyukur dahh. yg target 4A tu, target je la. dapat tu, entoh ye entoh idok nyeee -.-" ujian hari tu, selasa sampai khamis. mehh usha sikit jadual ujian ;)

selasa : B MELAYU , P SYARIAH ISLAMIAH , BIOLOGY , MODERN MATH 
rabu   : B INGGERIS , P AL-QURAN AS-SUNNAH , PHYSICS
khamis : SEJARAH , CHEMISTRY , ADD MATH , B ARAB TINGGI

nampak betapa kejamnya sekolah aku? okay, sekolah tak kejam. maksud aku, pihak pengurusan tu. satu hari, 3 4 paper. subjek 'pembunuh' pulak tu. tu yang sampai aku demam hari jumaat tu agaknya. lagi-2 malam jumaat tu, aku tertidur atas lantai sampai pagi. mau tak patah pinggang aku. okay, tak payah tunjuk sangat la yang aku ni lembik kann :DD

weiii , aku tak nak hampakan harapan mama abah aku dohh. aku tau la bukan aku je, korang pun kan kan? mana ada orang yang nak mak apak dia orang hampa. wehhh, tahun depan aku nak spm. aku ni asyik memainnnn. entah bila nak belajar nye. lepas ni NOOR EFIFAH , lelaki yang anda pernah suka suatu ketika dahulu, tidak dibenarkan sama sekali untuk bertakhta di hati anda sehinggalah anda tamat SPM last paaaaaper :) okay, aku tak berani nak janji. tapi, aku CUBA. aku nak study betul-2. mama abah pernah pesan "cari pakwe masa kat U nanti," okay mamabah ;) i'll try.

SPM ! Here I comeeeeee !

ehh ? aku datang kat dia ke , dia datang kat aku ? okay , aku mangsa , dia pemangsa -.-
Efy Eezad Officially Blogspot © 2014