Unborn 8.0 Pink Pointer

Saturday, August 11, 2012

SPM ?

assalamualaikum.

aku demam ni, sebab tu aku balik. sepatutnya hari ni batch dextrous kena pergi i'tikaf kat masjid kuala pilah. okay, maybe takde rezeki aku kot. 

haih, lama tak blogging. ketaq ketaq pulak tangan nak taip.

hurmmmmmmmmmmmmmmm, aku baru je habis ujian ogos ni. sumpah aku yakin result aku teruk gilaaa. aku target 4A je. yg lain aku target fail. wehh, kalau lulus pun aku dah gila bersyukur dahh. yg target 4A tu, target je la. dapat tu, entoh ye entoh idok nyeee -.-" ujian hari tu, selasa sampai khamis. mehh usha sikit jadual ujian ;)

selasa : B MELAYU , P SYARIAH ISLAMIAH , BIOLOGY , MODERN MATH 
rabu   : B INGGERIS , P AL-QURAN AS-SUNNAH , PHYSICS
khamis : SEJARAH , CHEMISTRY , ADD MATH , B ARAB TINGGI

nampak betapa kejamnya sekolah aku? okay, sekolah tak kejam. maksud aku, pihak pengurusan tu. satu hari, 3 4 paper. subjek 'pembunuh' pulak tu. tu yang sampai aku demam hari jumaat tu agaknya. lagi-2 malam jumaat tu, aku tertidur atas lantai sampai pagi. mau tak patah pinggang aku. okay, tak payah tunjuk sangat la yang aku ni lembik kann :DD

weiii , aku tak nak hampakan harapan mama abah aku dohh. aku tau la bukan aku je, korang pun kan kan? mana ada orang yang nak mak apak dia orang hampa. wehhh, tahun depan aku nak spm. aku ni asyik memainnnn. entah bila nak belajar nye. lepas ni NOOR EFIFAH , lelaki yang anda pernah suka suatu ketika dahulu, tidak dibenarkan sama sekali untuk bertakhta di hati anda sehinggalah anda tamat SPM last paaaaaper :) okay, aku tak berani nak janji. tapi, aku CUBA. aku nak study betul-2. mama abah pernah pesan "cari pakwe masa kat U nanti," okay mamabah ;) i'll try.

SPM ! Here I comeeeeee !

ehh ? aku datang kat dia ke , dia datang kat aku ? okay , aku mangsa , dia pemangsa -.-

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Efy Eezad Officially Blogspot © 2014