Unborn 8.0 Pink Pointer

Sunday, June 15, 2014

Hari Pertama Kuliah di UniSZA.

Hee malu lak ada senior UniSZA perasan entry kitaaa >.<

Hari ni dah start kuliah.
Subuh-2 lagi member dah call bagitahu ada kuliah fiqh ibadat pukul 8.
Semalam dah tengok jadual tapi tak faham. Huhu.
Alhamdulillah, dapat juga hadir :D
Ustaz Aiman bagi assignment dah.
Berkenaan isu-isu fiqh. Yeaa saya suka saya suka.

Kemudian pukul 11 ada kuliah kenegaraan kemasyarakatan.
Sejam juga la menunggu dalam bilik kuliah tu.
Tiba-2 diorang announce kuliah batal. Hee. Senyum je :)

Disebabkan pagi tu rushing nak ke kuliah, tak sempat breakfast.
Lepas kelas batal terus ke cafe. 
Sekali muncul pula sorang minah ni. Haha. 
Member SMAPL. Daftar UniSZA utk second intake harini.
Then ayah dia panggil nak belanja nasi ayam.
Aiiihhhh, mula-2 macam malu-2 gituuu.
Last-2, orang nak belanja kannn.
Jimaaaat xD Terima kasih pak cik xD

Saya rindu mama abah saya. Kbai :')

No comments:

Efy Eezad Officially Blogspot © 2014