Unborn 8.0 Pink Pointer

Wednesday, December 4, 2013

Lepasan SPM

Plan banyak gila sementara tunggu result SPM keluar. Macam orang lain jugak, papehal pergi ambik lesen kereta dulu. Motor tak ambik kot. Mama Abah tak kasi :'/ tapi tak kisah punnn. Abah dah daftarkan, nanti lepas seminggu dua baru start. Nak relax dulu. Barang bawak balik dari asrama pun berlambak tak kemas lagi. Baru basuh baju-2 je semalam. Tu pun tak sidai lagi, sebab tak cukup space :p Lagi-2 hujan, sejuk macam kat england. ayoyo bila nak kering -.-

Nanti ada masa aku nak edit balik blog ni. Taknak pakai blogskin dah. Banyak gila spam kot. Menyampah ==' Sekarang ada je masa, tapiiii kuota internet aku dah habiskan :p So, lembab gila lah ni. Bukan buat benda salah punn. Semalam upload documents masuk google drive je. Takut la apa-2 jadi kat laptop ni, ada backup. Nak beli hard disk, tak mampu. Google drive pun jalan laa~ Disebabkan aku gian sangat nak update blog, so lantaklah. Slow pun slow lah. Aku tunggu. Act, aku nak update semalam. Tapi disebabkan account google drive dengan blog tak sama, terpaksalah mengalah. Lama okay nak transfer documents masuk google drive. Start pukul 11 malam tadi, balik breakfast tadi pukul 10 baru siap. Tu pun tak off langsung laptop dengan broadband since malam tadi. Mana tak habis kuota :p

Lepas dah edit blog nanti, aku nak promote buku-2 PMR dan SPM aku. Kalau kira jumlah buku-2 tu, perghh dah boleh bukak kedai kecik dah dekat uptown xD Tapi mana pulak nak cekau modal =.= Yang adik-2 bakal form 1 sampai form 5 tahun 2014 tu, nanti jangan lupa jenguk-2 la blog akak efy ni lebih kurang 2 minggu dari sekarang. Lambat sikit lah kot nak start jual. Sebab list tak buat lagi. Nanti In Sha Allah inform kat facebook dan twitter. Dan nak confirm kan dulu sama ada jadi repeat atau tak paper SPM ni. Selalunya tak kan ? Tapi taktau la :'/ By the way, taktau la nak gembira ke sedih kalau kena repeat pun. Mungkin tak kisah sebenarnya.

Cerita pun banyak nak cerita. Tapi tunggulah nanti ada masa. Sekarang nak sambung kemas bilik. Esok gerak terengganu kalau banjir surut kat pahang. In Sha Allah stay di Hotel Seri Malaysia Marang. Bertiga je dengan Mama Abah. Doakan kitorang sampai sana dengan selamat. Aku nak release tension habis SPM ni. At the same time, boleh laksanakan matlamat aku guna wifi hotel ;)

4 comments:

Shalimar said...

Mang best dh lepas spm...semoga kuar result yg best ok...selamt bercuti dik...

NJihe.am said...

Salam singgah, zaman sekolah sudah habis eh? Bagus2x, buatlah perancangan yang terbaik sepanjang cuti ni... done follow, studioous.blogspot.com/ :)

Filzah Azzahra said...

ohh.. samalah kita.. Macam-macam benda nk buat

Epiy said...

Shalimar, huhu amiiiin. K thanks kak :)

NJihe.am, hee in sha Allah. terima kasih :)

Filzah Azzahra, ohh sama ? selamat bercuti ! ;)

Efy Eezad Officially Blogspot © 2014