Unborn 8.0 Pink Pointer

Tuesday, December 10, 2013

Hari Pertama di Cott.

Korang dah makan KFC yang bawah RM10 tu ? #SoGood cuba klik sini

Tadi dengar ceramah undang-2 lima jam tu. Ehh lima jam ke ? Entah. Aku rasa takde la sampai lima jam pun. Termasuk mula pendaftaran sekali kot. Kak hazie (instructor) tu ambik aku pukul 7.40 am kat rumah. Gila ramai orang kat cott. Beratur punya beratur punya beratur, 10.30 am baru start ceramah kpp. Lama kan ? Nasib baikla bawak broadband masuk poket. Takde la menganga je sensorang time beratur tu. Kat sana, ramai kawan lama aku jumpa. Tapi kesian, semua tak kenal aku. Hahahaha xD Dah yang aku jumpa tu kawan sekolah rendah. Ditakdirkan pulak aku ni senang ingat orang =,= Cerita nak gempak je kau ni efy, padahal tiga orang je kau jumpa.

Serius mengantuk gila time ceramah tu. Penceramah tu buat lawak boleh tahan, tapi aku punya mengantuk lagi tak boleh tahan xD Aku tak tidur pun ! Kenapa ? Sebabnya....kiri kanan depan belakang, penjuru kanan, penjuru kiri semua lelaki. Gila -.- Dorang masuk lambat. Dah aku pulak dikepungnya. Haiyaa. Nasib baik aku ni tak cute, lepas tu takde auraa pulak. Takde la kena kacau. Wakaka xD

Waktu rehat tu aku makan roti dgn air soya je. Dah la pagi tu tak makan pape. Alahaii sedih. Ramai gila orang beli nasi. Bagi rehat 20 minit je. Perghh macam kat sekolah. Aku sanggup lagi la berlapar :'/ Hmmm ikan keli tu takde rezeki nak masuk perut aku :(

Balik tu aku, radi dgn ada sorang budak lelaki (tak sempat pulak nak berkenalan) pakcik ramli hantar balik. Pakcik ? Atok sebenarnya. Masa dlm kereta, dia tanya siapa duduk pinggiran senawang ? Radi la. Lepas tu dia tanya budak lelaki tu pulak. Budak tu duduk kat najihah. Ehh dia ni, tak nak tanya aku ke ? =,= Macam la tahu rumah aku kat mana. Dah hantar dua-2 orang tu, dia hantar aku betul-2 depan gate rumah. Ehh ? Mana tau ? Hahaha xD Kawan abah rupanya. Adoyai, pakcik pakcik. Tak cakap awal-2 xD Kan dah kena kutuk dalam hati :p Mintak maaaaap ye pacciiik.

Lupa nak cakap, radi tu kawan baru aku kat cott tadi. Baik, sopan, alim je. Tak macam aku, jalan pun macam nak gaduh xD Nice to meet you radi ;)

4 comments:

Zariha ZanriQha said...

Assalamualaikum. Untungnye jumpa orang macam radi tu. Hehehe. Blogwalking and following here! Salam ukhwah.

Epiy said...

Waalaikumussalam, Haha. Okay thanks. Salam ukhwah :)

Muhammad Faiz Mohamed Saaid said...

Ceramah memang tidurlah jawabnya kalau bosan dan meleret

Epiy said...

Muhammad Faiz, Haha. Tak sampai hati nak tidur xD

Efy Eezad Officially Blogspot © 2014