Unborn 8.0 Pink Pointer

Monday, December 16, 2013

Balik kampung (13/12)

Anda merokok ? Ada family merokok ? Haa rokok tak sah apa tu ? klik sini

Rindu pulak rumah ni :/ Haritu lepak rumah along khamis-jumaat. Tu pun along kerja, aku duduk rumah study buku undang-2. Malam keluar la jalan-2 sekejap. By the way, exam undang-2 rabu ni (18/12). Lahaiii agak-2 pass tak ? Cuak pulak -,-'

Jumaat tu plan nak balik rembau, tapi singgah TTJ kejap. Sebelum sampai TTJ tu pergi beli ikan gapi, 2 couple. Comel jee :D Kat rembau, nenek tak kasi perut ni rehat langsung. Lepas makan, makan. Lepas tu makan lagi. Lepasss tuu makan. K nampak berapa banyak kali makan ? Dari malam sabtu sampai malam tadi aku tidur tak lena sbb kena pergi toilet manjang :( Makan nasi dgn tempoyak, lepas tu makan pengat durian, malam makan durian lagi. Perghh mmg gembira la toilet tu panggil aku banyak kali xD 

Dapat pulak nenek kaki merayap. Tak dapat aku menikmati suasana kampung. Aku rasa kalau lama sikit kat kampung tu, travel satu negeri sembilan ni tak pelik dah :D Haa semalam aku, along dgn atok pergi petik rambutan kat belakang rumah. Sebelum kitorang datang tu, ada pulak kerbau-2 yg comel nak makan rambutan tu. Atok tempik je, terus lari. Tapi masa aku panjat tangga nak petik, ada sekor tu datang balik, pandang daring je. Taktau la kot dia ada hati nak ngorat aku. Hahaha xD Tapi aku rasa dia nak ngorat along la. Huru-hara jugak masa tu sbb aku dgn along takut kerbau tu sondol. Atok gelak je. Bila dah masuk rumah, kerbau tu pandang je kitorang sambil kembang-2 hidung. Hahaha comel pulak. Berdendam agaknya sbb kitorang dah rembat rambutan tu xD

Lepas asar tadi gerak balik TTJ. Along drop aku, dia nak balik putrajaya. Bosannn gilaa ni. Internet ni pulak macam biasa, cari gaduuuhh -,- Nak keluar dgn kengkawan, pokai dah ni. Dating dgn abah je la hari-2 :D Paling sedih, ikan gapi aku yang jantan tu dua-2 ekor dah mati. Baru bina masjid, dah janda dah ikan-2 betina tu. Jangan yg balu-2 tu mati kemurungan sudah. Tak pasal aku yang murung nanti :'( Aku pun mengong, tak letak anti-klorin dalam air tu. Mana tak mati cik ikan.



Mr. E, I miss you :(

1 comment:

Nur Aliyah Syofia said...

hai dear, jom join GA ni http://aliyahsyofia.blogspot.com/2014/02/first-giveaway-sempena-pembukaan-syofia.html

hadiahnye kupon RM50 tau^^ btw done follow u :-)

Daisypath Anniversary tickers
Efy Eezad Officially Blogspot © 2014